Salah satu kerja yang sudah menjadi rutin bila anda berkerja di ladang kelapa sawit ialah join sounding di antara pihak ladang dan pihak kilang. Setiap 1 haribulan pada setiap bulan kerja ini akan dilakukan dan pihak ladang akan menghantar seorang wakil untuk mengesahkan maklumat.
Inilah tangga yang paling aku tidak gemari. Tingginya cuma 44 anak tangga yang sedikit berputar tetapi jika anda memanjatnya di awal pagi maka teruji juga stamina anda yang belum panas.
Pemeriksaan tinggi minyak yang terdapat di dalam tangki simpanan
Pejabat ladang - photo dari atas tangki simpanan minyak CPO
Nasib baiklah cuaca agak redup pada hari ini iaitu 1 September 2010 jadi keringat pun tidak turun. Selalunya jika dalam hari-hari biasa kepanasan yang membahang dari atas iaitu matahari dan dari bawah iaitu dari plat besi atas tangki simpanan.
Berputar-putar pandangan aku melihat tangga yang tinggi ke bawah.
Bacaan mestilah diambil dengan berhati-hati kerana julat data yang diambil hanya melibatkan ukuran mm.
Selepas ukuran diambil kiraan simpanan minyak yang ada dilakukan dengan mengunakan formula kiraan tertentu yang mana akhirnya jumlah minyak yang masih ada dapat diketahui.
Kita sebagai pegawai ladang kelapa sawit tentu tertanya-tanya berapa jumlah simpanan minyak kerana dari sin kadar perahan minyak OER juga diperolehi dan ini sebenarnya melambangkan kualiti buah kelapa sawit yang kita hantar ke kilang..
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan