Selasa, 16 November 2010

Musim cuti sekolah sudah tiba...Apa cikgu-cikgu dan ibubapa akan buat?

Musim cuti persekolahan yang panjang tiba lagi. Seperti kebiasaannya apabila cuti seperti ini tiba maka pelbagai rancangan akan terlintas di kepala terutama di kalangan para pendidik di negara kita.

Selalunya rancangan yang paling biasa ialah membawa anak-anak atau ahli keluarga melawat tempat-tempat menarik di negara kita. Dengan begitu banyak tempat yang boleh dikunjungi maka sudah pasti anak-anak akan bergembira apabila di bawa melawat ke tempat-tempat perlancongan tersebut. Sudah menjadi kebiasaan yang anak-anak akan bercerita dengan kawan-kawan di mana mereka pergi semasa musim cuti terutama yang masih belajar di sekolah rendah. Mereka dengan penuh kebanggaan menceritakan di mana mereka pergi semasa cuti semester akhir.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan musim cuti sekolah seperti ini untuk menguruskan perniagaan mereka dengan membuat usaha memajukan lagi apa yang telah dicapai. Tanah yang belum siap diusahakan akan diusahakan dan di tanam dengan tanaman yang boleh mendatangkan hasil seperti kelapa sawit dan getah serta buah-buahan. Jika pada hari biasa, mereka sukar melakukanya terutamanya dalam melakukan pemeriksaan kerja di kebun milik mereka.

Bagi yang bujang-bujang tak kira si gadis atau si teruna, ada yang mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan perkhawinan. kita memang tahu yang urusan perkhawinanan memang sesuatu yang rumit dengan banyak urusan yang perlu diselesaikan dan banyak masa yang diperlukan. Kesempatan seperti inilah yang boleh menyelesaikan perkara seperti ini.
Akhirnya musim cuti sekolah memang banyak membantu terutama kepada golongan guru-guru dalam menyelesaikan masalah-masalah mereka untuk menjayakan lagi taraf ekonomi mereka. Cuti sekolah memang satu rahmat kepada kebanyakan golongan pekerja.


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share