Isnin, 20 September 2010

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MEMBERI ELAUN HIDUP SUSAH KEPADA GURU SECARA MEMBABI BUTA DAN TIDAK MENGKAJINYA SEMULA...

Perkhidmatan seorang guru memang patut diberikan ganjaran dengan mengambil kira kepayahan mereka dalam menjalankan tugas seharian mereka terutama di kawasan yang susah perhubungannya dan luar bandar. Kerajaan telah memberikan satu skim yang memang telah memberikan ganjaran ke atas perkhidmatan itu dengan mengambil kira semua kepayahan yang dialami oleh guru terbabit.

Masalahnya ialah pihak kerajaan telah memberikan elaun hidup susah tersebut dengan membabi buta dan kadang-kadang langsung tidak logik dengan nilai yang ada sekarang. Elaun hidup susah ini bernilai rm800, rm1000, rm1500. 

Ada sekolah yang hanya 20 minit dari jalan aspalt diberikan elaun hidup susah (EHS) rm1500.?? Logikkah... atau nilai EHS itu berdasarkan kedudukan sekolah itu suatu masa dahulu? Sudah sememangnya kalau dikirakan kedudukan sekolah ini 4 atau 5 tahun lepas memang agak wajar juga diberikan elaun sebegitu tetapi pada masa sekarang aku rasa jumlah itu kurang sesuai. Kalau begitu sampai bila elaun itu diberikan? Tunggu 10 tahun lagikah? Atau tunggu di 'review' balik EHS di sekolah-sekolah.

Jika EHS maksimum ini diberikan kepada guru-guru misalnya di SK Kaingaran yang begitu teruk keadaan sekolahnya dan perlu jalankaki untuk sampai ke sekolah mungkin wajarlah tetapi tidak di sini.

Maaf tapi kebanyakan guru-guru yang mengajar di sekolah ini (sekolah rendah) lebih berminat kepada elaun yang ditawarkan. Siapa tidak mahu kalau untuk ke sekolah amat mudah dan disertai dengan elaun pembayar ccm kereta D max atau Vigo?

Oleh itu pemberian EHS itu wajar dikaji balik agar yang benar-benar layak sahaja yang mendapatnya dan mesej yang disampaikan melaluinya jelas kepada guru-guru semua..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini lah disebabkan x ramai guru sanggup berkhimat di kawasan pendalaman even elaun hidup susah banyak pun, paling2 mereka mgajar selama 5 tahun, bila duit cukup dikumpul baru beli kereta besar, rumah mewah...ini pun dikatakan balasan utk mereka yang sanggup n berkorban kerana mendidik anak bangsa di kawasan pendalaman ni..cthnya di kawasan PITAS,sabah, kawasan tu xada bekalan air, ada kah anda sangguo berkhimat sekiranya anda berasal dari Ranau?????mesti x sanggup jika tdk ada elaun hidup susah kan. biasala bukan semua benda yg dialami adalah SEMPURNA, jika mo gaji tinggi, haruslah sentiasa berkorban, jika x mo berjauhan dengan keluarga, maka elaun yg sikit adalah berpatutan.. yg penting mengajar secara ikhlas...

iddinm berkata...

itulah sebabnya kenapa pemberian EHS ini dikaji bukan untuk membuangnya tetapi memastikan cara pemberiannya adalah tepat..