Jumaat, 18 April 2014

HIASAN PASU BUNGA MENGGUNAKAN TAYAR TERPAKAI

Kaedah penghiasan halaman rumah adalah kemahiran individu itu sendiri. Jika dihias dengan baik maka pemandangan di sekitar halaman rumah menjadi lebih menarik.

Bagi mengindahkankan kawasan rumah di ladang kelapa sawit syarikat WILMAR international, pihak syarikat menggalakkan para pekerjanya masing-masing menghiasankan halaman rumah mereka.

Penggunaan tayar terpakai dan juga barang-barang lain yang disusun dengan baik menjadikan halaman rumah pekerjanya kelihatan cantik.Disamping penggunaan barang terpakai, pemilihan bunga yang akan ditanam juga memaikan peranaan yang penting di samping cara penyusunan pasu dan hiasan lain.








Barang-barang yang dipakai kebanyakannya adalah barangan kitar semula seperti tayar kenderaan, tayar kereta sorong, tayar motorsikal, penutup botol mineral dan sebagainya secara tidak langsung menolong pihak syarikat dalam mengurangkan kos perlupusan.

Walaupun pereka bentuk semuanya tiada pengalaman tetapi dengan kualiti yang ditunjukkan, menjadikan halaman rumah mereka cantik untuk dipandang.



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..