Selasa, 10 Ogos 2010

Puasa di bulan Ramadan sesuatu yang amat mencabar bagi pekerja ladang kelapa sawit??

Salam berpuasa semua kepada semua umat islam. Hari ini 11 Ogos merupakan hari permulaan berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Dalam menjalani ibadah puasa tidak semua orang dapat menjalaninya dalam keadaan yang tidak mencabar...

Bagi yang berkerja di pejabat misalnya seperti kerja-kerja pengkeranian, kemungkinan ibadat puasa ini tidak berapa mencabar tetapi jika dibandingkan dengan sesetengah tempat umpamanya yang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit, berpuasa adalah sesuatu yang sedikit mencabar walaupun mungkin bukan yang paling mencabar..

Jika kita berkerja di pejabat, maka peluh pun susah untuk keluar apatah lagi kerja dalam bilik berhawa dingin. Kita tidak terlalu merasa beban kelesuan badan semasa berpuasa. Jika anda berkerja di ladang-ladang kelapa sawit maka keadaan memang teruk. Rata-rata pekerja Indonesia yang berkerja sebagai penuai dan pemunggah buah kelapa sawit tidak akan tahan berpuasa kerana keadaan kerja mereka yang amat memenatkan ini. Semasa berkerja peluh sentiasa mengalir deras dan ini amat meletihkan mereka dan sudah pasti akan mengakibatkan kesukaran dalam berpuasa..

Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengatakan kenapa tidak berhenti dari kerja sebegitu sementara bulan puasa berlalu? Masalahnya bila kerja dengan syarikat swasta maka tidak semudah berbuat demikian kerana tugas-tugas dalam pekerjaan telah ditetapkan.. lagipun kalau mereka tidak berkerja keras, siapa yang hendak memberi mereka makan? Mereka memang datang ke Malaysia untuk mencari pendapatan dan untuk kehidupan.

Jika anda bekerja sebagai pegawai ladang maka kesukarannya ialah anda terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan kebanyakan orang disekeliling anda tidak berpuasa. Bukan mudah berpuasa kalau orang di sekeliling anda tiada batasan untuk makan. kita berpuasa tetapi orang di sekeliling kita makan kerana keadaan mendesak mereka.... huhu memang susah..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

2 ulasan:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

huh ,betul tu

iddinm berkata...

Anda akan rasa bagaimana keadaan yang sebenarnya bila anda melaluinya sendiri..:-)