Sabtu, 14 Ogos 2010

Duit oh duit... Pekerja Bank mendapat Durian Runtuh....

Kuala Lumpur:
Mendapat durian runtuh di kala perayaan hari raya puasa tidak lama memang satu yang dinanti-nantikan oleh setiap orang. Hasil rundingan bersama di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA), maka lebih 40,000 pekerja bank akan menerima 'durian runtuh' di antara Rm 3,700 hingga Rm 12,000  sebagai bayaran tunggakan. Pembayaran itu akan dilakukan sebelum hari raya aidilfitri dan akan dilangsaikan dalam masa 60 hari bermula kelmarin iaitu di mana perjanjian itu ditandatangani. Bayaran yang tidak dijelaskan sebelum hari raya aidil fitri akan dibayar sebelum tempoh 60 hari berakhir.

Di samping itu juga pekerja bank akan memperolehi beberapa manfaat lain iaitu:

#1 Cuti bersalin 90 hari
#2 Elaun sara hidup
#3 Peningkatan masa pencen dari 55 tahun kepada 57 tahun
#4 Faedah perubatan rm25,000 setahun yang juga dilanjutkan selama 3 tahun selepas bersara
#5 Kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak 9%
#6 Kenaikan gaji tahunan sebanyak 21% 
#7 Elaun makan dinaikkan sebanyak 20%

Jika dikira dengan faedah baru yang diperolehi oleh pekerja bank ini maka mereka menjadi satu badan yang paling mendapat kenaikan mendadak hasil kerja keras oleh gabungan pekerja-pekerja bank di Malaysia. Hasil daripada perundingan demi perundingan akhirnya telah memberikan begitu banyak manfaat kepada pekerja bank ini.

Diharapkan dengan kenaikan yang tinggi ini, maka produktiviti dan kualiti kerja semua staff di bank akan turut meningkat dan bukan seperti sebelum ini yang adakalanya agak "muram" sedikit dan tidak mesra pelanggan..


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Tiada ulasan: