Suasana persekitaran kerja yang aman dan tenang merupakan impian mana-mana pekerja di dalam mana-mana negarapun. Dalam suasan kerja yang sebegini, sesorang pekerja itu dengan bimbingan cara kerja yang betul akan atau boleh melakukan hasil kerja terbaik dalam bidangnya. Jika anda mahukan keamanan dalam pekerjaan ada beberapa faktor yang boleh anda lihat untuk mendapat persekitaran kerja yang aman dan tenang.
#1 Anda mesti memilih kerja yang bersesuaian dengan kelulusan anda dan ianya adalah minat anda. Jika anda memilih pekerjaan yang diluar jangkauan penguasaan anda maka anda akan menhadapi masalah dalam melakukan hasil kerja yang terbaik ataupun setidak-tidaknya akan mengambil masa yang sedikit lama untuk bersatu dengan kerja anda.
#2 Jika anda jenis orang yang 'kisah' dengan persekitaran fizikal tempat kerja maka anda harus memilih tempat atau lokasi kerja yang sesuai dengan anda. Misalnya jika anda sukar hidup dalam persekitaran kampung maka anda harus memilih kerja yang ada di bandar atau sekurang-kurangnya dekat dengan bandar.Suasana di kampung yang memang berlainan dengan di bandar pasti akan mencabar sesiapa sahaja yang memang tidak pernah tinggal lama di kampung.. Memang ada yang boleh membuat transformasi dengan cepat tetapi tidak semua orang akan boleh berbuat demikian.
#3 Pilih syarikat yang anda rasa anda boleh berkerja dengan baik di situ. Saya ambil contoh dalam syarikat perladangan kelapa sawit. Ada banyak syarikat yang menanam kelapa sawit dan tujuannya tetap satu iaitu berusaha untuk menghasilkan sebanyak mungkin buah dan kadar perahan minyak mentah CPO dalam satu hektar. Cara pengurusan setiap ladang kelapa sawit berbeza bergantung kepada bosnya di situ.. jika pengurus di satu tempat itu tinggi "IQ" tapi rendah "EQ" maka anda akan menghadapi suasana pekerjaan yang mencabar. Bos tinggi IQ bermakna banyak benda yang bos tahu dalam pekerjaan termasuk perkara yang sekecil-kecilnya tetapi rendah EQ bermakna langsung tiada 'Emotional Quality'. Dia langsung tidak sensitif terhadap apa-apa sensitiviti yang melibatkan perasaan. Misalnya jika anda tengah makan dan ada kerja yang masih tertangguh maka dia mahu anda tinggalkan makanan dan buat kerja yang tertangguh itu dahulu.. Huhu
#4 Pilih kerja dan tempat pekerjaan yang menawarkan gaji yang paling baik di antara semua. Tidak guna anda bergaji besar jika kos hidup di tempat anda kerja adalah terlalu tinggi. Perkara yang sebaiknya ialah di mana kita boleh menyimpan baki gaji yang tertinggi.
#5 Jangan memilih tempat kerja yang terlalu berjauhan dengan keluarga kita walaupun mungkin pulangannya adalah besar.. Sebenarnya bukan menjadi masalah jika anda berbuat sebaliknya tetapi anda pasti akan menghadapi masalah jika berlakunya saat kecemasan. Lagipun jika anda 'family man' anda harus mempertimbangkan saat di mana anak-anak anda membesar dan anda jarang melihatnya.. Bolehkah anda akan memberikan yang terbaik buat anak-anak anda jika anda hanya dapat bersama-sama dengan mereka beberapa hari dalam setahun?
Saya rasa banayak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi kita dalam melakukan pemilihan kerja tetapi saya juga berpendapat yang kelima-lima perkara di atas harus kita pertimbangkan dalam membuat pilihan tentang kerjaya kita..
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan