Hakikat yang negara Malaysia masih bergantung kuat kepada tenaga kerja dari negara-negara jiran terutama Indonesia buat masa ini adalah satu kebenaran. Kebenaran ini dapat dilihat terutamanya di kawasan-kawasan perladangan seperti kelapa sawit dan juga di kawasan perkilangan. Jika kita melihat tahap kerja misalnya menabur baja dalam ladang kelapa sawit, saya tidak menjangka yang orang tempatan dari Malaysia sanggup melakukannya. kerja menabur baja ini bukan ringan dan pekerja Indonesia masih boleh menabur sehingga 25 karung setiap satunya 50kg dalam sehari?? Kalau pekerja dari Malaysia, menabur 10 karung pun saya rasa satu kerja yang amat berat.
Cuba lihat gambar di atas dan di bawah. Dengan beban baja di tangan sambil baja ditabur, ada baja lagi di junjung di atas kepala. Buka senang bekerja dengan cara ini. Tetapi pekerja Indonesia masih boleh melakukannya yang saya rasa pekerja dari Malaysia tidak mampu atau sukar untuk melakukannya.
Saya rasa Malaysia akan terus bergantung dengan kehadiran pekerja asing ini untuk jangka masa yang lama lagi. Biarpun penggunaan mesin penabur baja sudah diperkenalkan tetapi mesin ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang rata. Oleh itu kebergantungan kepada tenaga manusia tidak dapat dielakkan. Di sinilah pekerja asing masih diperlukan...
.
2 ulasan:
malaysia amik pekerja luar pun sbb leh bayar murah...klu nk amik malaysian..kter masing2 nk demand tinggi2 hahahaha mahu x ramai nyer pekerja asing
Ya..pekerja asing lebih produktif dan harga labournya pun murah...HAKIKAT NI
Catat Ulasan