Rabu, 12 Mei 2010

ISTERI AKAN IKUT KE MANA SAJA SUAMI BERADA..

Ini ialah satu lagi topik yang boleh diperkatakan mengenai kerja kerajaan (awam) vs kerja dengan swasta... Apakah kebenarannya? Benarkah...

Bagi saya kenyataan di atas ada kebenarannya dan ianya merupakan satu kelebihan bila anda berkerja dengan kerajaan berbanding dengan syarikat swasta. Kejadian ini berlaku bila suami berkerja di suatu tempat di mana isteri boleh memohon bila-bila masa untuk transfer ke tempat yang berdekatan dengan suami.

Misalnya suami berkerja di suatu jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Bila isteri berkerja sebagai seorang guru di Sandakan maka si isteri boleh memohon untuk ditukarkan ke sebuah sekolah lain di Kota Kinabalu serta merta. Berlainan dengan syarikat swasta, belum tentu akan mendapat keistimewaan seperti itu. Keadaan ini pasti menyulitkan terutama dalam soal mengurus rumahtangga. Si suami tidak mungkin boleh hari-hari pulang menjenguk anak-anak.

Ataupun dalam kes lain si suami berkerja dengan satu syarikat swasta yang boleh bila-bila masa dipindahkan ke cawangan syarikat  sama di  lain tempat. Si isteri memang boleh berpindah kerja ke tempat berhampiran dengan suami tetapi bagaimana jika suami dipindahkan lagi ke tempat lain?? Pasti ini akan menyulitkan.

Jadi pada pendapat saya, kerja dengan kerajaan atau menjadi kakitangan awam memang mempunyai kelebihan yang ketara dalam soal ini dalam kebanyakan masa walaupun mungkin ada juga keadaan dalam menjadi kakitangan awam yang tidak juga dapat bersama-sama kerja. Tetapi mungkin amat sedikit..

Jadi jika anda sedang berkerja sebagai kakitangan awam anda sebenarnya sangat beruntung terutama dalam soal kebaikan hidup berkeluarga. Apa lagi dengan kenaikan gaji yang semakin tinggi bagi kakitangan awam.. memang tiada apa lagi yang dicari kecuali yang mahukan gaji lebih besar dan cabaran... 

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

7 ulasan:

Artzlizan berkata...

suami ikut isteri boleh ke...

iddinm berkata...

Boleh juga kot kalau memohon..hehhe

nuranuraniku.blogspot.com berkata...

salam sobat
benar saya juga sebagai istri yang selalu ikut dimanapun suami saya pindah kerja, makanya di S.A, saya dan dua anak saya ikut juga.

iddinm berkata...

Nura...
Jadi isteri yang solehah...:-0

Tanpa Nama berkata...

afeena

Tanpa Nama berkata...

afeena

Saya bakal berkahwin dengan seorg angota polis, saya kat selngor, dei pulak kat kedah, maslh bgi sya bila kami sudah kwen nnti, sbb sya xboleh pindah ikut dei.. klu sya pindah ikut dei aper sya nk kerja kt sik nnti, memandangkn gaji polis berpangkt konstabel yg gaji xseberapa, xmmpu nk tangung semua perblnjaan, sya pun ade utang kreta yg perlu dijelaskan, n dei pun...

iddinm berkata...

afeena.. perpindahan kena ada pertimbangan.. kadang2 banyak buruk dari baiknya mengikut sesuatu..tetapi anda yang merasa dan anda juga yang mesti membuat keputusan yang sebaik2nya..