Petang tadi sewaktu hampir keluar dari pejabat untuk pulang rumah saya tertarik dengan suasana yang berlaku di luar pejabat...riuh rendah.. Saya pun datang untuk melihat-lihat.. Rupa-rupanya staf-staf perempuan sedang memilih-milih buah jagung yang di jual oleh seorang tempatan..
Banyak buah jagung yang dia bawa iaitu sekitar 750 biji dan dijual pada harga 50 sen sebiji. harga yang beliau tawarkan berbaloi kerana jagung yang di bawanya memang berkualiti..besar dan panjang.
pokok jagung - gambar hiasan
buah jagung - gambar hiasan
Yang menarik perhatian saya ialah kisah mereka menanam jagung tersebut dan bagaimana hasil jualannya.
Saya sempat berbual dengannya mengenai perkara ini. Katanya keluarganya mengusahakan ladang jagung seluas 10 ekar di kawasan tepi sungai Labuk dekat Jambatan Nangoh. jagung itu ditanam berperingkat-peringkat dan mereka telah mula memetik hasilnya sejak januari 2010 sampai sekarang yang mana telah sampai ke penghujungnya. Sekali beliau menjual pendapatanya boleh mencapai rm500. Agak lumayan jugalah...
Beliau menambah yang keluarganya sedang dalam proses untuk menanam tambahan 15 ekar lagi yanaman jagung.. Biarpun cuma bertani di kampung sahaja pendapatannya yang lumayan ini membuatkan saya kagum dengan petani ini..
Penuaian sepanjang masa membuatkan tempat mereka terkenal dengan jagung di kawasan kampung sekitar..
Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
2 ulasan:
Fakta ini amat berguna dan tepat sekali untk tatapan pengunjung.. From labuk boy..
Sekarang ini pihak jabatan pertanian mengadakan usahasama dengan penduduk kg perancangan dan beberapa kg lain dalam membesarkan keluasan tanaman jagung di Sana.
Catat Ulasan