Selasa, 25 Mei 2010

TIADA KERISAUAN JIKA KERJA DENGAN KERAJAAN...kALAU SWASTA JANGAN CUBA BUAT...

Perkara yang saya cuba bawakan pada kali ini ialah berkaitan dengan apa yang berlaku dalam perkhidmatan awam sekarang.. Sebenarnya pada pendapat saya kerja dengan kerajaan ini tersangatlah banyak advantage nya berbanding dengan kerja di swasta. Apa tidaknya banyak perkara yang kita tidak boleh lakukan atau susah dilakukan di agensi swasta tetapi senang dilakukan di perkhidmatan kerajaan..

Ok..sebagai contoh.. 

Bila anda berkerja sebagai guru (maaf cikgu2 kerana saya ambil kerjaya guru sebagai contoh) jika anda ada kerja lain contohnya anda melibatkan diri dalam perniagaan..anda boleh memohon cuti tanpa gaji selama setahun ka atau terpulang kepada anda.. Lepas tu kalau mau jadi cikgu balik just balik kepada kerja itulah..Hanya perlu ikut prosedur tertentu saja tapi misalan kalau cuti setahun tetapi terlebih sikit kerana bisnes da maju pun tak apa lah. Mudahkan kalau dengan kerajaan...Kalau swasta..Kes macam ni bagus berhenti kerjalah  kerana anda telah digantikan dengan orang lain.

Lagi satu yang paling best ialah kalau anda kerja dengan kerajaan, anda susah dibuang kerja unless anda telah melakukan satu kesalahan yang besar betul. Tidak perlu risau tentang kualiti kerja asalkan ok ok saja bolehlah tu. Kalau swasta...kalau anda tidak boleh bersaing dengan orang lain maka nasib anda bolehlah dikatakan amat sukar..

Saya rasa dalam sektor lain dalam kerajaan pun masih mengamalkan benda yang sama dan ini sememangnya menyebabkan ramai orang akan berkerja dengan kerajaan kerana di sana anda akan mendapat banyak "keistimewaan".

Apa pula pendapat anda?? Adakah ini satu kebetulan atau memang amalan yang ada dalam perkhidmatan awam sekarang atau kegagalan pemantauan?? hanya mereka yang dipertanggungjawab ke atasnya yang tahu mengenai perkara ini... 

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Jumaat, 21 Mei 2010

Menanam jagung juga boleh menguntungkan

Petang tadi sewaktu hampir keluar dari pejabat untuk pulang rumah saya tertarik dengan suasana yang berlaku di luar pejabat...riuh rendah.. Saya pun datang untuk melihat-lihat.. Rupa-rupanya staf-staf perempuan sedang memilih-milih buah jagung yang di jual oleh seorang tempatan..

Banyak buah jagung yang dia bawa iaitu sekitar 750 biji dan dijual pada harga 50 sen sebiji. harga yang beliau tawarkan berbaloi kerana jagung yang di bawanya memang berkualiti..besar dan panjang.

 pokok jagung - gambar hiasan

  buah jagung - gambar hiasan

Yang menarik perhatian saya ialah kisah mereka menanam jagung tersebut dan bagaimana hasil jualannya.

Saya sempat berbual dengannya mengenai perkara ini. Katanya keluarganya mengusahakan ladang jagung seluas 10 ekar di kawasan tepi sungai Labuk dekat Jambatan Nangoh. jagung itu ditanam berperingkat-peringkat dan mereka telah mula memetik hasilnya sejak januari 2010 sampai sekarang yang mana telah sampai ke penghujungnya. Sekali beliau menjual pendapatanya boleh mencapai rm500. Agak lumayan jugalah...
Beliau menambah yang keluarganya sedang dalam proses untuk menanam tambahan 15 ekar lagi yanaman jagung.. Biarpun cuma bertani di kampung sahaja pendapatannya yang lumayan ini membuatkan saya kagum dengan petani ini..

Penuaian sepanjang masa membuatkan tempat mereka terkenal dengan jagung di kawasan kampung sekitar..

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Rabu, 19 Mei 2010

kerja sebagai juru ukur tanah

Kerja dengan GPS team merupakan satu cabaran yang besar.. Ini kerana selain ia kerja yang memenatkan, kerja juga memerlukan ketelitian. Sebarang perbezaan yang besar akan menyebabkan pertelingkahan antara 2 pemilik tanah..




Perkara pertama yang dilakukan ialah mencari batu sempadan asal yang lama dan tidak terubah oleh pembangunan dan sebagainya. Batu sempadan ini akan dijadikan sebagai dasar dalam pencarian batu-batu yang lain yang telah dipasang.



Kerja pencarian batu sedang dijalankan.


 

Batu dasar diletakkan betul-betul di tengah total station.

 

Alat canggih ini iaitu dipanggil total station dapat digunakan untuk mengukur jarak antara dua batu dan pada sudut tertentu. Oleh itu jika kedudukan batu asal telah dicatat dalam peta geran asal maka kerja mencari batu sempadan menjadi lebih mudah.. Pengoperasian alat ini tidaklah begitu susah tetapi memerlukan latihan agar dapat memahami kaedah penggunaan yang betul.

Data-data yang diperlukan di setkan pada peralatan dan dapat dilihat melalui skrin sebelum mengukur atau mendapatkan data yang diperolehi...


Peralatan GPS digunakan untuk menentukan kedudukan batu sempadan dan juga piket melalui satelit tetapi terdapat ralat dalam 5m untuk alat ini.. Penggunaan kaedah lama ini dapat menghasilkan keputusan yan lebih tepat..

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Rabu, 12 Mei 2010

ISTERI AKAN IKUT KE MANA SAJA SUAMI BERADA..

Ini ialah satu lagi topik yang boleh diperkatakan mengenai kerja kerajaan (awam) vs kerja dengan swasta... Apakah kebenarannya? Benarkah...

Bagi saya kenyataan di atas ada kebenarannya dan ianya merupakan satu kelebihan bila anda berkerja dengan kerajaan berbanding dengan syarikat swasta. Kejadian ini berlaku bila suami berkerja di suatu tempat di mana isteri boleh memohon bila-bila masa untuk transfer ke tempat yang berdekatan dengan suami.

Misalnya suami berkerja di suatu jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Bila isteri berkerja sebagai seorang guru di Sandakan maka si isteri boleh memohon untuk ditukarkan ke sebuah sekolah lain di Kota Kinabalu serta merta. Berlainan dengan syarikat swasta, belum tentu akan mendapat keistimewaan seperti itu. Keadaan ini pasti menyulitkan terutama dalam soal mengurus rumahtangga. Si suami tidak mungkin boleh hari-hari pulang menjenguk anak-anak.

Ataupun dalam kes lain si suami berkerja dengan satu syarikat swasta yang boleh bila-bila masa dipindahkan ke cawangan syarikat  sama di  lain tempat. Si isteri memang boleh berpindah kerja ke tempat berhampiran dengan suami tetapi bagaimana jika suami dipindahkan lagi ke tempat lain?? Pasti ini akan menyulitkan.

Jadi pada pendapat saya, kerja dengan kerajaan atau menjadi kakitangan awam memang mempunyai kelebihan yang ketara dalam soal ini dalam kebanyakan masa walaupun mungkin ada juga keadaan dalam menjadi kakitangan awam yang tidak juga dapat bersama-sama kerja. Tetapi mungkin amat sedikit..

Jadi jika anda sedang berkerja sebagai kakitangan awam anda sebenarnya sangat beruntung terutama dalam soal kebaikan hidup berkeluarga. Apa lagi dengan kenaikan gaji yang semakin tinggi bagi kakitangan awam.. memang tiada apa lagi yang dicari kecuali yang mahukan gaji lebih besar dan cabaran... 

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

Selasa, 11 Mei 2010

Polis memang tak guna??

Beberapa minggu ini sana-sini mengatakan tentang tindakan pihak polis yang telah menembak sehingga terbunuhnya seorang remaja baru2 ini. Kebanyakan orang melatah dan berlumba-lumba mencari kesalahan pasukan polis. Semua anggota polis pun merasa bahang keadaan ini dan mungkin tertekan dalam menjalankan tugas seharian..

Pihak kerajaan telahpun mengarahkan satu siasatan penuh ke atas kejadian itu dan kita semua berharap agar kejadian itu dapat diperhalusi dan disiarkan kebenarannya kepada masyarakat umum. Tetapi yang paling penting ialah untuk mencari jalan agar kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi dengan mangsa yang baru..

Tapi pada saya, kita tidak bolehlah menyalahkan 100% polis dalam hal seperti ini. Ya memang pedih dengan berlakunya kejadian yang sewajarnya boleh dielakkan iaitu jika tiada tembakan makan tiada kehilangan nyawa. Tetapi pada saya pasti ada sesuatu disebalik kejadian.. 

Secara amnya sebagai ibubapa atau abang kakak atau sanak saudara, kita harus menegur anak2 muda dalam keluarga kita agar tidak terlalu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.. yalah mungkin anda akan kata "suka hati akulah, ini keluarga aku", tapi bila ada kejadian seperti ini barulah menyalahkan pihak lain?? Anak-anak muda memanglah tidak sesuai berjalan malam tanpa pengawasan. Kenapa boleh jadi begitu?? Kerana kita tidak ambil tahu hal anak-anak kita atau kurang ambil berat tentang aktiviti mereka..

Jika kita pergi ke supermarket, atau di tempat2 games di kota-kota maka kita akan dapati begitu ramai anak-anak muda belasan tahun yang duduk melepak di situ sampai malam?? Ada yang akan main skate board dengan kawan2, campur2 lelaki dan perempuan pula tu.. Eeeehhh. Tidak risaukah keluarga mereka tu?? Atau keluarga sudah menasihati anak2 muada tersebut tetapi mereka degil...

Ini semua boleh mengundang sesuatu yang tidak baik.. Janganlah pula setelah anda membiarkan anak anda buat sesuka hati yang anda sendiripun tidak tahu atau sedar dan mengalami sesuatu yang tidak baik barulah anda akan menyesal tak sudah.. Biarpun menangis air mata darah sesuatu yang telah berlaku tidak akan kembali..

Jadi sama2 la kita mengambil iktibar dari kejadian yang lepas dan berharap tiada lagi kejadian seperti itu yang akan berlaku... 

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Bookmark and Share

Rabu, 5 Mei 2010

NEGARA MALAYSIA MASIH SANGAT BERGANTUNG KEPADA KEKUATAN PEKERJA ASING...

Hakikat yang negara Malaysia masih bergantung kuat kepada tenaga kerja dari negara-negara jiran terutama Indonesia buat masa ini adalah satu kebenaran. Kebenaran ini dapat dilihat terutamanya di kawasan-kawasan perladangan seperti kelapa sawit dan juga di kawasan perkilangan. Jika kita melihat tahap kerja misalnya menabur baja dalam ladang kelapa sawit, saya tidak menjangka yang orang tempatan dari Malaysia sanggup melakukannya. kerja menabur baja ini bukan ringan dan pekerja Indonesia masih boleh menabur sehingga 25 karung setiap satunya 50kg dalam sehari?? Kalau pekerja dari Malaysia, menabur 10 karung pun saya rasa satu kerja yang amat berat.
 

Cuba lihat gambar di atas dan di bawah. Dengan beban baja di tangan sambil baja ditabur, ada baja lagi di junjung di atas kepala. Buka senang bekerja dengan cara ini. Tetapi pekerja Indonesia masih boleh melakukannya yang saya rasa pekerja dari Malaysia tidak mampu  atau sukar untuk melakukannya.




Saya rasa Malaysia akan terus bergantung dengan kehadiran pekerja asing ini untuk jangka masa yang lama lagi. Biarpun penggunaan mesin penabur baja sudah diperkenalkan tetapi mesin ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang rata. Oleh itu kebergantungan kepada tenaga manusia tidak dapat dielakkan. Di sinilah pekerja asing masih diperlukan...

Salam,Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.

. Bookmark and Share
Posted by Picasa

Isnin, 3 Mei 2010

Membaiki jalan berlubang di jalan-jalan ladang kelapa sawit

Kerja membaiki jalan-jalan yang berlubang di ladang-ladang kelapa sawit amat penting kerana jalan yang baik merupakan satu jalan untuk meningkatkan produktiviti di ladang ini. Jika jalan tidak dalam keadaan yang terbaik maka usaha untuk mengeluarkan buah dari dalam akan menjadi sukar apabila kenderaan seperti lori tidak dapat masuk ke dalam ladang. Backhoe merupakan kenderaan berat yang terpenting kerana ianya dapat digunakan dengan lebih flexibel di kawasan ini seperti membuka lumpur, membuat parit dan meratakan jalan.


Lori digunakan untuk mengangkut batu gravel ke jalan-jalan di dalam untuk menampal jalan-jalan yang berlubang. Batu gravel dituangkan di atas jalan dan kemudiannya diratakan oleh backhoe tersebut. Lori tersebut boleh mendatangkan pendapatan yang agak lumayan kepada tuan punyanya kerana kerja-kerja transport batu ini agak mahal bayarannya.


Jalan yang baik akan membantu meningkatkan hasil di ladang-ladang..


Salam,Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share
Posted by Picasa