Rabu, 7 April 2010

ISU PERBEZAAN ELAUN PERUMAHAN GURU SEMENANJUNG DENGAN GURU SABAH DAN SARAWAK

Isu ini telah lama hangat diperkatakan terutama di kalangan masyarakat guru-guru dari Sabah dan Sarawak. Untuk mereka yang belum faham tentang isu ini, ianya adalah seperti berikut.

Guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang 'posting' di Semenanjung Malaysia akan mendapat elaun perumahan sama seperti guru-guru yang berasal dari Semenanjung yang 'posting' di Sabah dan Sarawak, juga sama dengan elaun perumahan guru-guru dari Sabah dan sarawak yang 'posting' di Sabah dan Sarawak. Tidak ada elaun perumahan selain dari ini.

Apa yang menjadi ketidakpuasan hati ialah guru-guru yang berasal dari Semenanjung yang 'posting' di Sabah dan Sarawak akan mendapat tambahan elaun perumahan wilayah yang nilainya lebih kurang rm500 (sikit ja kan) berbanding tiada apa-apa tambahan yang akan diterima oleh guru dari Sabah dan Sarawak.

Apa rasionalnya di sini??
Saya rasa pihak kerajaan harus mengkaji perkara ini dengan cepat berserta dengan keputusan yang akan diambil serta-merta. Sudah lama perkara ini dijanjikan untuk di bawa ke mesyuarat tapi jadinya belum..

Jangan sampai menunggu PM yang seterusnya baru di kaji dan di kaji terus, tiada keputusan.. Kasihan guru-guru dari Sabah dan Sarawak, bukankah begitu.

Mungkin anggapan kementerian pendidikan bahawa guru semenanjung terpaksa menyewa rumah kerana rumah guru di sini tidak mencukupi. Sebenarnya guru-guru dari Semenanjung lagi suka menyewa rumah di luar secara beramai-ramai (bagi yang bujang) kerana ia lebih jimat kos..

oleh itu masyarakat guru Sabah dan Sarawak menunggu perubahan ini demi gagasan '1 MALAYSIA' oleh PM kita

Salam,

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kadang2 rasa seperti guru-guru sabah ini dianak tirikan...dimanakah yg dimaksudkan 1malaysia yg dilaung-laungkan oleh PM kita??? pelik kan?? 1Malaysia la sangat...

iddinm berkata...

1 malaysia hanya ungkapan. realitinya masih banyak perkara @ terlalu banyak perkara yg tidak seimbang antara semua orang