Isnin, 5 April 2010

BAGAIMANA MAU MAKAN KALAU GAJI HARI HANYA RM14 SAHAJA ??

6 April 2010

Bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih baik jika kerja makan gaji hanya rm14 sehari? 

Ini bukan sekadar cakap-cakap tapi hakikat yang terpaksa ramai anak-anak muda warga tempatan yang berkerja di Ladang kelapa sawit di serata tanah air iaitu Malaysia.. Bila kelulusan seseorang itu hanya setakat tingkatan 5 @ 6 maka inilah yang terjadi. Tanpa pengalaman kerja di ladang, mereka akan diambil berkerja sebagai penolong kepada pembantu ladang @ lebih ringkas lagi pelatih staf. Untuk menjadi staf seseorang pelatih itu biasanya mengambil masa yang lama bergantung kepada kepandaian mereka dan juga kekosongan jawatan.

Dengan gaji rm14 sehari,  bagaimana hendak menyara keluarganya jika ada 2 @ 3 anak.? Jangankan begitu satu anak pun susah. Atau lebih tepat untuk keperluan sendiri pun belum tentu terurus. 

Tapi adakah pilihan lain untuk ini? Dengan kelulusan yang tidak seberapa apalah sangat lagi kerja yang boleh diperolehi? Pihak MTUC patut ambil perhatian terhadap ini. Ada pelatih ini yang sudah lebih 10 tahun kerja tapi masih pelatih.

Ada kes yang lebih teruk di mana gaji harian hanya rm12 atau lebih rendah lagi dari itu. Sepatutnya kerajaan mengenakan dan menguatkuasakan satu gaji minimum yang harus diberikan agar pihak swasta tidak sesuka hati mengenakan satu nilai mengikut kehendak mereka.

Sedangkan pekerja dari indonesia pun di bayar gaji harian yang sama, itulah mungkin salah satu penyebab kenapa orang tempatan tidak suka meneceburi bidang pekerjaan di ladang..   

Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan pendapat tersebut.saya berharap juga mana-mana pihak yang bertanggungjawab hendaklah menyemak pendapatan setiap pekerja di ladang terutamanya gaji hari.kerna terdapat pihak majikan yang terlalu mementingkan tenaga kerja sahaja,tetapi kebajikan pekerja di abaikan.cth di tempat kerja saya,di mana pekerja indonesia hanya mempunya gaji rm 15.00 sehari.jika di kira sebulan pendapatan pekerja tersebut hanya rm 390.00 sahaja,tolak tidak kerja pada hari minggu selama 4 kali dalam sebulan.jika pendapatan pekerja tersebut apa yang mahu di simpan.pekerja indonesia yang datang ke sini semata-mata ingin mencari pendapatan untik di bawa pulang ketempat asal mereka,tetapi pihak majikan hanya memberi pendapatan yang terlalu rendah.sedangkan harga barang sudah naik kenapa gaji mereka tidak di naikkan.mengikut undang2 konsol indonesia gaji pekerja indonesia yang datang ke sini sekurang2nya rm540/bulan iaitu rm18.00/hari.kenapa terdapat pihak majikan yang tidak mematuhinya.saya berharap pihak yang bertanggungjawab hendak lah masuk ke ladang2 untuk memeriksanya pada setiap bulan,seperti yang di amal kan oleh kerajaan indonesia.dimana ia masuk keladang2 untuk memantau gaji peladang tersebut.

iddinm berkata...

Kalau saya tak silap sudah beberapa kali gaji pokok harian dinaikkan di sesetengah estate. Dahulu gaji hanya rm7 atau rm8 dan telah dinaikkan secara berperingkat2. Tapi dengan keadaan kos hidup yang menjadi semakin meningkat sekarang ditambah dewngan kenaikan gaji yang amat perlahan maka minimum patut di review terutamanya oleh kerajaan dengan menguatkuasakannya sebagai satu undang2. Pihak majikan juga sepatutnya mengambil berat dengan perkara ini dan bukan hanya mengambilkira keuntungan sahaja. Ada sesetengah estate masih membayar gaji pekerjanya dengan bayaran rm10/day. bukankah ini satu perkara yg memang tak patut?