Isnin, 19 April 2010

Risiko kemalangan.. Perladangan tidak terkecuali..


Kemalangan boleh berlaku di mana-man tidak kira dalam apa jua bidang pekerjaan. Sektor perladangan juga tidak terkecuali dalam hal ini. Jika tidak berhati-hati atau nasib kurang baik, kemalangan biasa terjadi dan bersyukurlah jika tiada kecederaan serius yang berlaku.

Kemalangan yang saya paparkan pada kali ini ialah kemalangan di mana lori pengangkut buah terbalik. Bukan kerana di pandu laju tetapi struktur jalan yang kurang stabil yang menyebabkannya. Bila Lori ini terpijak tanah yang lembut di dalamnya perlahan-lahan tayar yang sebelah tenggelam menyebabkan lori senget dan terus terbalik kerana di tarik oleh berat buah di atas lori.


Gambar di mana Back Hoe digunakan untuk membetulkan dan menarik lori

Nasiblah dalam kes ini hanya pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan kerana lori jatuh secara perlahan-lahan. Beliau tidak mengalami hentakan atau luka yang serius.

Kesimpulan yang boleh diambil ialah semua majikan harus mengetatkan prosedur keselamatan di tempat kerja mereka supaya semua pekerja mempunyai risiko yang kecil terhadap kemalangan. Tindakan harus di ambil untuk mengenalpasti potensi di mana akan berlaku kemalangan dan sebagainya.

Ada akta yang akan mendakwa majikan yang tidak mengendahkan keselamatan pekerja mereka semasa bekerja. Bagi pekerja, utamakan keselamatan dan buat laporan kepada majikan jika ada tempat kerja anda yang anda fikirkan kurang atau tidak selamat..
 

Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share
Posted by Picasa

Tiada ulasan: