Jumaat, 9 April 2010

Bestnya kerja kerajaan berbanding swasta..

Salam,

Pada petang sabtu ini saya terfikirkan satu perkara. 'Bestnya kerja dengan kerajaan dan bukan dengan syarikat swasta'. Kenapa? Pasti ada yang tertanya-tanya. OK, saya cuma mahu nyatakan satu perkara saja iaitu kerja dengan kerajaan anda akan cuti pada hari sabtu tapi kerja dengan swasta anda kena kerja hari sabtu sekurang-kurangnya setengah hari. Jadi ini merupakan satu kelebihan besar kepada orang yang berkerja dengan kerajaan.

Mungkin ini tidak menjadi masalah bagi sesetengah orang tapi pasti menjadi masalah kepada sesetengah orang juga. Orang yang kerja berjauhan dengan keluarga pasti akan merasai sedikitnya masa bersama-sama dengan keluarga tersayang. Bila lepas kerja pada tengahari, anda akan bergegas pulang ke rumah dan akan sampai lewat petang kalaulah tidak sampai malam!! Keesokannya anda akan berangkat awal untuk kembali ke tempat kerja anda.

Jadi masa bersama keluarga amat terhad. Walaupun begitu, ada juga kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam soal kerja dengan siapa... Ianya bergantung dengan orang yang menghadapi masalah ini juga. Jika orang yang bujang, kerja hari sabtu mungkin tidak menjadi masalah jika dia belum mempunyai teman istimewa. Dia boleh menghabiskan masa boringnya dengan kerja.

Apapun, hanya anda yang merasai tentang hakikat sebenar perkara ini.. 

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Bookmark and Share

6 ulasan:

mizzura berkata...

tapi ada jugak kan..kerja swasta gaji masyuk kerje pun rilek... tu yang best..*sedang mencari*

iddinm berkata...

Saya belum lagi jumpa kerja swasta yang macam tu.. Ada ke??

Shida Rahman berkata...

tu sebab, bila suami menyatakan hasrat utk menukar kerjaya yg lebih mencabar dibidang swasta or memulakan bisnes sendiri, saya menyatakan.. hanya satu yang saya bimbangkan QUALITY OF TIME yang dia miliki sekarang ini. Pasti ianya akan merubah suasana kehidupan kami sekeluarga... wallahuaalam..

iddinm berkata...

Shida..
Bila kita fikir pasal quality of time, atau masa free yang kita ada baik stay dgn government. Mgkn kita ada banyak jg masa free jika kita kerja sendiri la.. tapi kalau dgn swasta, susahlah.. Sengsara hidup if ours time ngan family limited.. Pa lagi jika berjauhan...

Tanpa Nama berkata...

kerja dengan kerajaan sebenarnya brmakna malas nak kerja , nak keja senang jer bkn quality of time ke masa free ke ... terimalah kenyataan masa dengan kerja kalau dikira macam org datang tgk wayang then balik...

Tanpa Nama berkata...

Aslkm wbt..
saya pun keja gomen juga. tapi saya xmerancang untuk terus bekerja untuk 5 tahun akan datang. sekarang dah 6 tahun kerja, tapi hati ni tak tenang. bila dah tak suka, kualiti kerja mesti low punya. saya nak BERNIAGA!! tapak sudah ada, tapi mak ayah pula xrestu saya nak berniaga.. camne ni??