Sekadar ingin berkongsi dan lihat sendiri bagaimana kerja-kerja pengeluaran buah dilakukan di ladang kelapa sawit..
Kerbau merupakan binatang peliharaan yang paling penting di ladang kelapa sawit. Di samping digunakan untuk menarik keluar buah dari dalam petak, kerbau juga amat berguna dalam membersihkan ladang kerana ia kuat memakan rumput.
Kerja memunggah buah ke atas lori yang dahulunya menggunakan tenaga manusia kini perlahan-lahan digantikan dengan peralatan mesin. Walaupun mesin ini terbatas dengan faktor penghalang seperti bentuk muka bumi, infrastruktur dsb tapi mesin amat diperlukan terutama dengan masalah mendapatkan tenaga buruh manusia..
Lihat sahaja gambar di sebelah, mudah sahaja mengangkat buah yang begitu yang besar dan sukar untuk di angkat oleh tenaga manusia
Jika menggunakan tenaga manusia, traktor yang lebih kecil atau rendah akan digunakan. Tetapi jika dibandingkan dengan mesin, produktiviti mesin amat jauh lebih tinggi berbanding dengan manusia biasa.
Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
5 ulasan:
sayam. saya sudah lama tercari2 mesin seumpama ini. saya kagum dengan ciptaan mesin ini. akan tetapi saya juga terfikir akan kos mesin ini. adakah ianya mampu dimiliki oleh golongan petani/peneroka felda?
Mesin seumpama ini memang agak mahal jika ingin memilikinya sendiri tetapi tidak mustahi untuk dimiliki dengan adanya sekumpulan orang yang mahu membelinya.. maksudnya kongsi untuk beli. Estimate rm100 ribu +++
Salam,
Kawan, boleh saya meminta kebenaran menggunakan gambar di atas untuk tujuan penyelidikan?
Silakan... no problem
Mohon izin untuk menggunakan gambar bagi perkongsian bersama pelatih.
Catat Ulasan