Salam,
Bulan Ramadhan al mubarak tiba lagi. Umat Islam di wajibkan berpuasa sebulan pada bulan yang mulia ini. Puasa ini banyak memberikan pengajaran kepada penganut Islam tentang banyak perkara umpamanya kesabaran dalam mengerjakannya dan juga memikirkan kepada saudara seagama yang kurang bernasib baik.
Berpuasa di ladang kelapa sawit memang mencabar berbanding dengan berpuasa di office atau sekolah dan sebagainya. Kenapa ianya mencabar?
- - Kerja yang dilakukan di estate memang berat banyak mengeluarkan peluh. contohnya bila kerja anda sebagai penyabit buah atau pembuang baja. Memang sukar berpuasa dalam keadaan kerja ini
- - Atas keadaan ini ramai pekerja am tidak berpuasa dan kehidupan seharian mereka jadi seperti bulan-bulan lain di mana makan dan minum, merokok jadi seperti biasa. Jadi orang yang berpuasa sentiasa berhadapan dengan keadaan di mana orang sekeliling anda tidak berpuasa. Ini memang mencabar.
- - Hanya 2 hari di mana pekerja berat ini berpuasa iaitu hari pertama dan terakhir puasa.
- Jadual kerja yang tidak menentu iaitu bergantung kepada keadaan juga membuatkan puasa di ladang kelapa sawit memang mencabar.
Inilah yang menyebabkan aku mengatakan puasa di bulan ramadhan di ladang kelapa sawit amat mencabar kerana sentiasa berhadapan dengan keadaan seperti ini.
Pun begitu masih ramai juga pekerja yang masih tabah berpuasa dan berusaha menunaikan kewajipan berpuasa ini.
Pun begitu masih ramai juga pekerja yang masih tabah berpuasa dan berusaha menunaikan kewajipan berpuasa ini.
Salam.
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan