Petaling Jaya,
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahukan paras gaji minimum pekerja di Malaysia pada paras rm900. Ketua setiausahanya Abdul halim Mansur berkata gaji yang diterima pekerja mesti kompetetif untuk menjamin atau memberi perlindungan dan kebajikan kepada pekerja.
"Garis kemiskinan negara ialah pada rm720 dan kami percaya gaji minimum rm900 itu ideal untuk tahun 2012 dan 2013."katanya lagi.
Abdul halim menegaskan bahawa perbincangan dengan kerajaan belum ada kata putusnya dan mengambil masa terlalu lama dan dikhuatiri semua pihak akan kesuntukan masa. Kemungkinan garis kemiskinan negara akan meningkat tetapi belum ada keputusan yang dicapai dan akhirnya nilai rm900 tidak lagi ideal untuk negara ini.
The malayan Agriculture Producers (MAPA) baru-baru ini menyatakan kesetujuan dangan gaji minimum rm600 dengan tambahan rm200 elaun.
Gaji minimum dalam sesetengah bidang kerja umpamanya pengawal keselamatan masih dibayar gaji rm400 walaupun kerajaan telah menetapkan gaji rm700 sebagai gaji minimum pengawal keselamatan.
S. Subramaniam
Menteri Sumber Manusia datuk Dr S. subramaniam berkata bahawa masih ada pihak yang tidak menurut gesaan mengenai dasar gaji minimum walaupun ditetapkan. Beliau berharap satu keputusan mengenai gaji minimum akan dicapai sebelum hujung tahun ini..
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan