Isnin, 22 Ogos 2011

BONUS KAKITANGAN SWASTA 2011 : Bonus 3 bulan akan dibayar pada hujung tahun ini atau awal tahun depan

Baru-baru ini semua kakitangan kerajaan termasuk pesara-pesara dan badan berkanun telah diberikan bonus raya atau dengan kata lain bonus tahunan sebanyak setengah bulan gaji atau minima rm500. Semua kakitangan dan pesara awam tentunya sudah menerima atau mengambil gaji tersebut yang telahpun di bank-in kan pada pertengahan bulan baru-baru ini.
Sedang semua kakitangan dan pesara kerajaan bergembira dengan pemberian itu, kakitangan swasta pula tak dapat berbuat apa-apa kerana tiada bonus untuk mereka pada pertengahan bulan atau pertengahan tahun. Bonus untuk kakitangan swasta biasanya hanya akan dibayar pada hujung tahun ataupun pada awal tahun berikutnya. jarang untuk melihat syarikat yang memberikan bonus raya atau bonus pada pertengahan tahun.

Apapun kakitangan syarikat swasta ada sebab untuk bersedih dan juga bergembira dengan keadaan ini. Mereka bersedih kerana tiada bonus untuk sambutan hari raya ini tetapi tetap bergembira kerana bonus mereka hanya akan dibayar pada hujung tahun nanti ataupun awal tahun depan. Lagipun bonus yang biasanya diterima oleh kakitangan swasta biasanya lebih besar sehingga ada yang sampai setengah tahun gaji. Ini adalah anugerah yang berbaloi kepada mereka apatah lagi kemudahan yang mereka terima dalam banyak bidang tidak setanding dengan kemudahan yang diterima oleh kakitangan kerajaan.

Satu lagi kelebihan yang mereka dapat apabila bekerja dengan syarikat swasta ialah nilai EPF yang dibayar oleh syarikat kadang-kadang lebih tinggi dari 12% yang dibayar oleh kerajaan dan ada yang sampai 16%.

Walaupun tidak mendapat seperti apa yang diperolehi oleh kakitangan awam tapi kakitangan swasta tetap juga menyumbang dalam memajukan negara di mana saya percaya majoriti pekerja di Malaysia adalah kakitangan swasta. Peratusannya jauh lebih tinggi.



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Tiada ulasan: