Musim bonus tiba lagi. Semua kakitangan kerajaan atau penjawat awam termasuk pesara tentunya gembira dengan pengumuman DS Najib yang juga menteri kewangan semalam.
Dalam pengumumannya semalam semua penjawat awam akan mendapat setengah bulan gaji atau minima rm500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini. Pesara pula akan menerima bonus khas rm500 dan akan dibayar pada masa yang sama.
Pemberian bonus ini pastinya akan sedikit sebanyak mengurangkan beban kakitangan kerajaan dalam membeli barang persiapan hari raya yang akan berlangsung tidak lama lagi terutama yang beragama Islam.
Tahniah kepada kerajaan yang telah memberikan bonus ini daripada langsung tak dapat apa-apa.
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan