24 Ogos 2011..
Demi kerana untuk menyara keluarga ada pekerja yang sanggup berkerja apa sahaja untuk mendapatkan wang. Biarpun kerja yang mereka lakukan ini memang berat tapi ianya terpaksa dilakukan kerana hanya itulah punca pendapatan mereka.
Pekerja wanita dari Indonesia yang kerjanya menabur baja pada pokok kelapa sawit terpaksa melakukan kerja mereka dalam keadaan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Ini sudah menjadi amalan di mana-mana perladangan kelapa sawit di Malaysia. Kerja membaja kelapa sawit ini tidak boleh ditangguhkan kerana ianya akan mempengaruhi hasil kelapa sawit pada masa akan datang.
Lihat saja photo-photo pekerja wanita di atas sedang menabur baja. Dengan bermandikan baja GML atau Ground Magnesium Limestone yang memang berbentuk habuk kepayahan jelas kelihatan pada pekerja ini apatah lagi kebanyakan mereka terpaksa melakukan kerja ini sambil berpuasa.
Pekerja Indonesia memang tahan lasak. Mereka masih berupaya melakukan kerja-kerja di ladang kelapa sawit dalam keadaan sebegini. mungkin tidak ramai warga Malaysia yang berupaya melakukan kerja seperti ini tapi kerana terpaksa menyara keluarga dan kepayahan mencari wang di negara mereka sendiri maka kerja sebegini terpaksa dilakukan.
Memang di Indonesia tidak banyak kerja yang boleh dilakukan untuk memperolehi pendapatan seperti di malaysia. Itulah sebab utama kenapa orang Indonesia merantau untuk mencari kehidupan yang lebih baik.
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..