Isnin, 19 April 2010

Risiko kemalangan.. Perladangan tidak terkecuali..


Kemalangan boleh berlaku di mana-man tidak kira dalam apa jua bidang pekerjaan. Sektor perladangan juga tidak terkecuali dalam hal ini. Jika tidak berhati-hati atau nasib kurang baik, kemalangan biasa terjadi dan bersyukurlah jika tiada kecederaan serius yang berlaku.

Kemalangan yang saya paparkan pada kali ini ialah kemalangan di mana lori pengangkut buah terbalik. Bukan kerana di pandu laju tetapi struktur jalan yang kurang stabil yang menyebabkannya. Bila Lori ini terpijak tanah yang lembut di dalamnya perlahan-lahan tayar yang sebelah tenggelam menyebabkan lori senget dan terus terbalik kerana di tarik oleh berat buah di atas lori.


Gambar di mana Back Hoe digunakan untuk membetulkan dan menarik lori

Nasiblah dalam kes ini hanya pemandu lori yang mengalami kecederaan ringan kerana lori jatuh secara perlahan-lahan. Beliau tidak mengalami hentakan atau luka yang serius.

Kesimpulan yang boleh diambil ialah semua majikan harus mengetatkan prosedur keselamatan di tempat kerja mereka supaya semua pekerja mempunyai risiko yang kecil terhadap kemalangan. Tindakan harus di ambil untuk mengenalpasti potensi di mana akan berlaku kemalangan dan sebagainya.

Ada akta yang akan mendakwa majikan yang tidak mengendahkan keselamatan pekerja mereka semasa bekerja. Bagi pekerja, utamakan keselamatan dan buat laporan kepada majikan jika ada tempat kerja anda yang anda fikirkan kurang atau tidak selamat..
 

Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share
Posted by Picasa

Ahad, 18 April 2010

Bagaimana orang kerja di ladang kelapa sawit??

Sekadar ingin berkongsi dan lihat sendiri bagaimana kerja-kerja pengeluaran buah dilakukan di ladang kelapa sawit..
Kerbau merupakan binatang peliharaan yang paling penting di ladang kelapa sawit. Di samping digunakan untuk menarik keluar buah dari dalam petak, kerbau juga amat berguna dalam membersihkan ladang kerana ia kuat memakan rumput.



 Kerja memunggah buah ke atas lori yang dahulunya menggunakan tenaga manusia kini perlahan-lahan digantikan dengan peralatan mesin. Walaupun mesin ini terbatas dengan faktor penghalang seperti bentuk muka bumi, infrastruktur dsb tapi mesin amat diperlukan terutama dengan masalah mendapatkan tenaga buruh manusia..


 Lihat sahaja gambar di sebelah, mudah sahaja mengangkat buah yang begitu yang besar dan sukar untuk di angkat oleh tenaga manusia
Jika menggunakan tenaga manusia, traktor yang lebih kecil atau rendah akan digunakan. Tetapi jika dibandingkan dengan mesin, produktiviti mesin amat jauh lebih tinggi berbanding dengan manusia biasa.

Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

Jumaat, 9 April 2010

Bestnya kerja kerajaan berbanding swasta..

Salam,

Pada petang sabtu ini saya terfikirkan satu perkara. 'Bestnya kerja dengan kerajaan dan bukan dengan syarikat swasta'. Kenapa? Pasti ada yang tertanya-tanya. OK, saya cuma mahu nyatakan satu perkara saja iaitu kerja dengan kerajaan anda akan cuti pada hari sabtu tapi kerja dengan swasta anda kena kerja hari sabtu sekurang-kurangnya setengah hari. Jadi ini merupakan satu kelebihan besar kepada orang yang berkerja dengan kerajaan.

Mungkin ini tidak menjadi masalah bagi sesetengah orang tapi pasti menjadi masalah kepada sesetengah orang juga. Orang yang kerja berjauhan dengan keluarga pasti akan merasai sedikitnya masa bersama-sama dengan keluarga tersayang. Bila lepas kerja pada tengahari, anda akan bergegas pulang ke rumah dan akan sampai lewat petang kalaulah tidak sampai malam!! Keesokannya anda akan berangkat awal untuk kembali ke tempat kerja anda.

Jadi masa bersama keluarga amat terhad. Walaupun begitu, ada juga kelebihan dan kekurangan masing-masing dalam soal kerja dengan siapa... Ianya bergantung dengan orang yang menghadapi masalah ini juga. Jika orang yang bujang, kerja hari sabtu mungkin tidak menjadi masalah jika dia belum mempunyai teman istimewa. Dia boleh menghabiskan masa boringnya dengan kerja.

Apapun, hanya anda yang merasai tentang hakikat sebenar perkara ini.. 

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Bookmark and Share

Rabu, 7 April 2010

ISU PERBEZAAN ELAUN PERUMAHAN GURU SEMENANJUNG DENGAN GURU SABAH DAN SARAWAK

Isu ini telah lama hangat diperkatakan terutama di kalangan masyarakat guru-guru dari Sabah dan Sarawak. Untuk mereka yang belum faham tentang isu ini, ianya adalah seperti berikut.

Guru yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang 'posting' di Semenanjung Malaysia akan mendapat elaun perumahan sama seperti guru-guru yang berasal dari Semenanjung yang 'posting' di Sabah dan Sarawak, juga sama dengan elaun perumahan guru-guru dari Sabah dan sarawak yang 'posting' di Sabah dan Sarawak. Tidak ada elaun perumahan selain dari ini.

Apa yang menjadi ketidakpuasan hati ialah guru-guru yang berasal dari Semenanjung yang 'posting' di Sabah dan Sarawak akan mendapat tambahan elaun perumahan wilayah yang nilainya lebih kurang rm500 (sikit ja kan) berbanding tiada apa-apa tambahan yang akan diterima oleh guru dari Sabah dan Sarawak.

Apa rasionalnya di sini??
Saya rasa pihak kerajaan harus mengkaji perkara ini dengan cepat berserta dengan keputusan yang akan diambil serta-merta. Sudah lama perkara ini dijanjikan untuk di bawa ke mesyuarat tapi jadinya belum..

Jangan sampai menunggu PM yang seterusnya baru di kaji dan di kaji terus, tiada keputusan.. Kasihan guru-guru dari Sabah dan Sarawak, bukankah begitu.

Mungkin anggapan kementerian pendidikan bahawa guru semenanjung terpaksa menyewa rumah kerana rumah guru di sini tidak mencukupi. Sebenarnya guru-guru dari Semenanjung lagi suka menyewa rumah di luar secara beramai-ramai (bagi yang bujang) kerana ia lebih jimat kos..

oleh itu masyarakat guru Sabah dan Sarawak menunggu perubahan ini demi gagasan '1 MALAYSIA' oleh PM kita

Salam,

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Isnin, 5 April 2010

BAGAIMANA MAU MAKAN KALAU GAJI HARI HANYA RM14 SAHAJA ??

6 April 2010

Bagaimana untuk menjalani kehidupan yang lebih baik jika kerja makan gaji hanya rm14 sehari? 

Ini bukan sekadar cakap-cakap tapi hakikat yang terpaksa ramai anak-anak muda warga tempatan yang berkerja di Ladang kelapa sawit di serata tanah air iaitu Malaysia.. Bila kelulusan seseorang itu hanya setakat tingkatan 5 @ 6 maka inilah yang terjadi. Tanpa pengalaman kerja di ladang, mereka akan diambil berkerja sebagai penolong kepada pembantu ladang @ lebih ringkas lagi pelatih staf. Untuk menjadi staf seseorang pelatih itu biasanya mengambil masa yang lama bergantung kepada kepandaian mereka dan juga kekosongan jawatan.

Dengan gaji rm14 sehari,  bagaimana hendak menyara keluarganya jika ada 2 @ 3 anak.? Jangankan begitu satu anak pun susah. Atau lebih tepat untuk keperluan sendiri pun belum tentu terurus. 

Tapi adakah pilihan lain untuk ini? Dengan kelulusan yang tidak seberapa apalah sangat lagi kerja yang boleh diperolehi? Pihak MTUC patut ambil perhatian terhadap ini. Ada pelatih ini yang sudah lebih 10 tahun kerja tapi masih pelatih.

Ada kes yang lebih teruk di mana gaji harian hanya rm12 atau lebih rendah lagi dari itu. Sepatutnya kerajaan mengenakan dan menguatkuasakan satu gaji minimum yang harus diberikan agar pihak swasta tidak sesuka hati mengenakan satu nilai mengikut kehendak mereka.

Sedangkan pekerja dari indonesia pun di bayar gaji harian yang sama, itulah mungkin salah satu penyebab kenapa orang tempatan tidak suka meneceburi bidang pekerjaan di ladang..   

Salam,
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

KASTAM BERTUNGKUS-LUMUS MENJAGA SEMPADAN BERSAMA TENTERA??

Untuk menjaga keselamatan negara kita, tentera yang bertugas di sempadan siang dan malam memainkan peranaan yang penting. Tanpa mengira situasi yang dihadapi, tugas mereka ini amat berat agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Mereka akan memastikan yang tiada sebarang pencerobohan yang akan berlaku.

Pihak Kastam juga tidak kurang penting tugasnya dalam menjalankan tugasnya. Saban hari kita mendengar berita tentang kerjasama antara kastam dan polis marin atau tentera menangkap penyeludup-penyeludup yang masih tidak serik-serik melakukan penyeludupan ke dalam negara kita Malaysia. Keadaan ini seolah-olah mereka tidak takut langsung kepada pihak berkuasa kita. 

Mungkin dalam banyak situasi, penyeludup-penyeludup ini dapat melepaskan diri dan ini menyebabkan mereka masih berterusan menyeludup terutama rokok walaupun besar risiko untuk ditangkap. Mungkin mereka sedar yang bila satu tangkapan dibuat banyak lagi penyeludupan lain yang akan terlepas. Biarlah kerugian rm200 ribu asalkan dapat keuntungan berjuta-juta ringgit.??

Dari itu tugas pihak kastam, polis dan tentera sentiasa amat berat dan penuh dengan risiko. Semoga mereka ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi, sabar dan amanah.

Rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada anda semua...

Ahad, 4 April 2010

Beban tugas guru tidak diberikan sekata..

Kita saban hari sering terdengar keluhan daripada sebahagian guru masa kini tentang masalah bebanan kerja mereka yang tidak sekata antara satu sama lain. Memandangkan guru memiliki kemahiran dalam bidang-bidang yang tertentu sudah tentu bidang tugas pun akan berlainan dari segi pengajaran kepada murid. Yang menjadi masalah dan menjadi rungutan sebahagian guru ialah jadual pembahagian kerja yang tidak sekata. Ada guru yang hanya mempunyai 9 jam jadual waktu seminggu dan tidak lagi memegang apa-apa jawatan lain di sekolah. Ada pula yang mempunyai jadual waktu sampai 21 jam dan memegang pula jawatan guru kelas dan lebih teruk lagi ialah dia memegang beberapa jawatan yang lain lagi..

Di mana silapnya...

Adakah pihak yang mengatur pembahagian kerja  @ macamana... Mungkin Ketua Bidang yang kurang sensitif terhadap perkara ini. Jadi beliau yang mengatur semua pembahagian tugas kerja ini.

Pengetua??

Tiadakah tindakan pengetua..
Biasanya pengetua tidak akan campurtangan dalam masalah seperti ini. Ialah.... beliau kan bos, biarlah anak-anak buah yang selesaikan masalah ini..
Kalau pengetua yang turun selesaikan masalah ini maka tiadalah fungsi ketua bidang..

Bukan kah begitu..