Rabu, 24 Julai 2013

TIADA BONUS RAYA 2013 TAPI ADA BANTUAN KHAS

Kuala Lumpur 24 Julai.

Perdana Menteri DS Najib mengumumkan hari ini yang pada tahun ini tiada bonus akan diberikan kepada kakitangan awam dan pesara awam tetapi satu bantuan khas diberikan untuk menggantikan bonus tersebut.

Seperti tahun -tahun sudah bonus akan diberikan menjelang hari raya aidil fitri dan untuk tahun ini 2013, kakitangan awam gred 54 dan ke bawah akan menerima rm500 manakala pesara pula akan mendapat rm250.

Bantuan ini sememangnya sangat dialu -alukan kerana ianya sedikit sebanyak akan meringankan beban perbelanjaan hari raya nanti.

Bayaran bantuan khas itu akan dilakukan pada 31 Julai 2013.

Dalam pada itu kerajaan negeri Selangor mengumumkan bonus sebulan di negeri itu. Walaupun saguhati kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berbeza tapi sekurang -kurangnya bantuan atau bonus ini pasti meringankan benan belanja semua penerima.

Selamat hari raya 2013.

Tiada ulasan: