Jumaat, 12 Julai 2013

JULAI 2013 GAJI KAKITANGAN AWAM NAIK LAGI

Kakitangan awam menerima kenaikan gaji lagi bermula julai 2013 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak.

ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kakitangan awam.

Apapun alasannya diharapkan kenaikan ini akan menguatkan lagi atau menambahkan kualiti serta produktiviti kerja kakitangan awam dalam tugasan seharian mereka. Kenaikan gaji memang amat dialu-alukan apatah lagi keadaan sekarang yang mana kadar kos sara hidup di negara kita Malaysia semakin meningkat kebelakangan ini. Sudah tentu kenaikan ini akan membantu dalam menhadapi situasi ini.

Beberapa tahun yang lalu kita boleh pergi makan di kedai makan dengan duit di poket rm5 atau rm6 ringgit. tetapi sekarang jika tiada rm8, maka janganlah pergi makan di kedai makan nanti silap-silap kena cuci piring nanti.



Sebenarnya kebanyakan kakitangan awam sudah tau mengenai kenaikan ini sebelum ianya diumumkan lagi cuma pengumuman di akhbar mungkin untuk himbauan kepada semua golongan masyarakat tau yang kerajaan sekarang memang dahulukan rakyat. Diharapkan begitulah adanya...



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Tiada ulasan: