Kementerian telah menetapkan syarat baru untuk menjadi seorang guru. Kita sedia maklum bahawa pada masa ini terdapat lambakan siswazah menganggur yang terdiri dari lulusan perguruan. Lantaran itu memang tindakan kementerian ini difikirkan wajar dan kena pada masanya.
Cuma persoalannya ialah adakah ini mencukupi untuk mengatasi masalah penempatan guru? Dari segi peningkatan kualiti ya mungkin tapi masalah pengambilan dan penempatan harus difikirkan juga. Bidang tugas guru amat penting kerana dari sekolahlah kita boleh membentuk cara hidup generasi akan datang.
Pastinya ibu bapa atau amnya kita semua tidak mahu ada cikgu yang kurang komitmen terhadap tugas sebagai seorang guru. Kita mahu guru yang memang berkualiti, minat menjadi guru dan komitmen yang tinggi terhadap tugas seharian sebagai guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan