Kerajaan baru-baru ini setuju memberikan bonus raya rm500 kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara semalam. Kenyataan ini diumumlan oleh PM Malaysia semalam. Beliau berharap agar rm500 ini boleh sedikit sebanyak membantu penjawat awam dan pesara dalam menyediakan persiapan menyambut hari raya aidil fitri tahun ini.
Nilai rm500 itu bagaimanapun hanya separuh daripada nilai yang diperolehi pada tahun lepas di mana kakitangan awam mendapat bonus sebanyak rm1000 seorang. Bonus itu akan dimasukkan ke dalam akaun gaji kakitangan awam pada 1 september. Pembayaran melalui waran akan di buat lebih awal.
Jika diambil kira nilai bonus yang diberikan ini iaitu hanya rm500 untuk seorang ianya tidaklah begitu banyak tetapi wang ini memang boleh membantu dalam membuat persiapan sambutan hari raya. Dengan harga barang yang semakin naik sekarang di pasaran wang ini memang dapat membantu meringankan beban yang dihadapai oleh semua penerima wang bonus ini.
Rakyat menerima baik pemberian bonus itu dan berharap sesuatu yang lebih baik akan diumumkan oleh PM semasa pembentangan bajet pada oktober ini.
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Selasa, 31 Ogos 2010
Jumaat, 20 Ogos 2010
SUSAHNYA KERJA KALAU BOS TINGGI 'IQ' TAPI RENDAH 'EQ'..Bagaimana Membuat Pilihan Kerjaya Yang Sesuai
Suasana persekitaran kerja yang aman dan tenang merupakan impian mana-mana pekerja di dalam mana-mana negarapun. Dalam suasan kerja yang sebegini, sesorang pekerja itu dengan bimbingan cara kerja yang betul akan atau boleh melakukan hasil kerja terbaik dalam bidangnya. Jika anda mahukan keamanan dalam pekerjaan ada beberapa faktor yang boleh anda lihat untuk mendapat persekitaran kerja yang aman dan tenang.
#1 Anda mesti memilih kerja yang bersesuaian dengan kelulusan anda dan ianya adalah minat anda. Jika anda memilih pekerjaan yang diluar jangkauan penguasaan anda maka anda akan menhadapi masalah dalam melakukan hasil kerja yang terbaik ataupun setidak-tidaknya akan mengambil masa yang sedikit lama untuk bersatu dengan kerja anda.
#2 Jika anda jenis orang yang 'kisah' dengan persekitaran fizikal tempat kerja maka anda harus memilih tempat atau lokasi kerja yang sesuai dengan anda. Misalnya jika anda sukar hidup dalam persekitaran kampung maka anda harus memilih kerja yang ada di bandar atau sekurang-kurangnya dekat dengan bandar.Suasana di kampung yang memang berlainan dengan di bandar pasti akan mencabar sesiapa sahaja yang memang tidak pernah tinggal lama di kampung.. Memang ada yang boleh membuat transformasi dengan cepat tetapi tidak semua orang akan boleh berbuat demikian.
#3 Pilih syarikat yang anda rasa anda boleh berkerja dengan baik di situ. Saya ambil contoh dalam syarikat perladangan kelapa sawit. Ada banyak syarikat yang menanam kelapa sawit dan tujuannya tetap satu iaitu berusaha untuk menghasilkan sebanyak mungkin buah dan kadar perahan minyak mentah CPO dalam satu hektar. Cara pengurusan setiap ladang kelapa sawit berbeza bergantung kepada bosnya di situ.. jika pengurus di satu tempat itu tinggi "IQ" tapi rendah "EQ" maka anda akan menghadapi suasana pekerjaan yang mencabar. Bos tinggi IQ bermakna banyak benda yang bos tahu dalam pekerjaan termasuk perkara yang sekecil-kecilnya tetapi rendah EQ bermakna langsung tiada 'Emotional Quality'. Dia langsung tidak sensitif terhadap apa-apa sensitiviti yang melibatkan perasaan. Misalnya jika anda tengah makan dan ada kerja yang masih tertangguh maka dia mahu anda tinggalkan makanan dan buat kerja yang tertangguh itu dahulu.. Huhu
#4 Pilih kerja dan tempat pekerjaan yang menawarkan gaji yang paling baik di antara semua. Tidak guna anda bergaji besar jika kos hidup di tempat anda kerja adalah terlalu tinggi. Perkara yang sebaiknya ialah di mana kita boleh menyimpan baki gaji yang tertinggi.
#5 Jangan memilih tempat kerja yang terlalu berjauhan dengan keluarga kita walaupun mungkin pulangannya adalah besar.. Sebenarnya bukan menjadi masalah jika anda berbuat sebaliknya tetapi anda pasti akan menghadapi masalah jika berlakunya saat kecemasan. Lagipun jika anda 'family man' anda harus mempertimbangkan saat di mana anak-anak anda membesar dan anda jarang melihatnya.. Bolehkah anda akan memberikan yang terbaik buat anak-anak anda jika anda hanya dapat bersama-sama dengan mereka beberapa hari dalam setahun?
Saya rasa banayak lagi faktor-faktor lain yang mempengaruhi kita dalam melakukan pemilihan kerja tetapi saya juga berpendapat yang kelima-lima perkara di atas harus kita pertimbangkan dalam membuat pilihan tentang kerjaya kita..

Sabtu, 14 Ogos 2010
Duit oh duit... Pekerja Bank mendapat Durian Runtuh....
Kuala Lumpur:
Mendapat durian runtuh di kala perayaan hari raya puasa tidak lama memang satu yang dinanti-nantikan oleh setiap orang. Hasil rundingan bersama di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA), maka lebih 40,000 pekerja bank akan menerima 'durian runtuh' di antara Rm 3,700 hingga Rm 12,000 sebagai bayaran tunggakan. Pembayaran itu akan dilakukan sebelum hari raya aidilfitri dan akan dilangsaikan dalam masa 60 hari bermula kelmarin iaitu di mana perjanjian itu ditandatangani. Bayaran yang tidak dijelaskan sebelum hari raya aidil fitri akan dibayar sebelum tempoh 60 hari berakhir.
Di samping itu juga pekerja bank akan memperolehi beberapa manfaat lain iaitu:
#1 Cuti bersalin 90 hari
#2 Elaun sara hidup
#3 Peningkatan masa pencen dari 55 tahun kepada 57 tahun
#4 Faedah perubatan rm25,000 setahun yang juga dilanjutkan selama 3 tahun selepas bersara
#5 Kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak 9%
#6 Kenaikan gaji tahunan sebanyak 21%
#7 Elaun makan dinaikkan sebanyak 20%
Jika dikira dengan faedah baru yang diperolehi oleh pekerja bank ini maka mereka menjadi satu badan yang paling mendapat kenaikan mendadak hasil kerja keras oleh gabungan pekerja-pekerja bank di Malaysia. Hasil daripada perundingan demi perundingan akhirnya telah memberikan begitu banyak manfaat kepada pekerja bank ini.
Diharapkan dengan kenaikan yang tinggi ini, maka produktiviti dan kualiti kerja semua staff di bank akan turut meningkat dan bukan seperti sebelum ini yang adakalanya agak "muram" sedikit dan tidak mesra pelanggan..
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Selasa, 10 Ogos 2010
Puasa di bulan Ramadan sesuatu yang amat mencabar bagi pekerja ladang kelapa sawit??
Salam berpuasa semua kepada semua umat islam. Hari ini 11 Ogos merupakan hari permulaan berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Dalam menjalani ibadah puasa tidak semua orang dapat menjalaninya dalam keadaan yang tidak mencabar...
Bagi yang berkerja di pejabat misalnya seperti kerja-kerja pengkeranian, kemungkinan ibadat puasa ini tidak berapa mencabar tetapi jika dibandingkan dengan sesetengah tempat umpamanya yang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit, berpuasa adalah sesuatu yang sedikit mencabar walaupun mungkin bukan yang paling mencabar..
Jika kita berkerja di pejabat, maka peluh pun susah untuk keluar apatah lagi kerja dalam bilik berhawa dingin. Kita tidak terlalu merasa beban kelesuan badan semasa berpuasa. Jika anda berkerja di ladang-ladang kelapa sawit maka keadaan memang teruk. Rata-rata pekerja Indonesia yang berkerja sebagai penuai dan pemunggah buah kelapa sawit tidak akan tahan berpuasa kerana keadaan kerja mereka yang amat memenatkan ini. Semasa berkerja peluh sentiasa mengalir deras dan ini amat meletihkan mereka dan sudah pasti akan mengakibatkan kesukaran dalam berpuasa..
Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengatakan kenapa tidak berhenti dari kerja sebegitu sementara bulan puasa berlalu? Masalahnya bila kerja dengan syarikat swasta maka tidak semudah berbuat demikian kerana tugas-tugas dalam pekerjaan telah ditetapkan.. lagipun kalau mereka tidak berkerja keras, siapa yang hendak memberi mereka makan? Mereka memang datang ke Malaysia untuk mencari pendapatan dan untuk kehidupan.
Jika anda bekerja sebagai pegawai ladang maka kesukarannya ialah anda terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan kebanyakan orang disekeliling anda tidak berpuasa. Bukan mudah berpuasa kalau orang di sekeliling anda tiada batasan untuk makan. kita berpuasa tetapi orang di sekeliling kita makan kerana keadaan mendesak mereka.... huhu memang susah..
Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Langgan:
Catatan (Atom)