Salam,
Ekonomi kerajaan Malaysia diwar-warkan semakin meningkat dan semakin baik.. Mungkin ini ada kebenarannya dengan melihat kepada banyaknya pembangunan yang sedang berlaku di sekeliling kita pada waktu ini.. Cuma terdapat juga sedikit persoalan yang mana terdapat banyak keadaan yang sepatutnya tidak berlaku jika negara kita benar-benar sedang maju dan membuat duit??
Sebagai contohnya mungkin semua tahu yang banyak bangunan kerajaan umpamanya sekolah-sekolah, rumah guru yang tidak dapat diselanggara dengan baik di serata negara. Adakah ini adalah satu kelemahan pengurusan pihak yang dipertanggungjawapkan oleh kerajaan terhadap pembaikan itu ataupun "KETIADAAN DUIT UNTUK MENYELANGGARA"? Pernah ditanya kepada pihak sekolah dan meminta untuk dibaiki kerosakan yang berlaku di bangunan sekolah tetapi jawapan yang diberikan adalah "kamu baiki sendiri, tiada peruntukan dari kerajaan" kata pengetua sekolah..
Kata-kata guru besar sekolah tersebut saya rasa ada kebenaran juga kerana banyak juga guru yang menyatakan perkara yang sama? Dan pasti mereka dari pentadbir sekolah tentunya tahu mengenai situasi sebenar yang berlaku di sekolah tersebut..
Satu lagi perkara yang menjadi perbualan hangat di kalangan guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia yang mengajar di Sabah sekarang ialah arahan kepada mereka untuk kembali bertugas di Semenanjung pada bulan Ogos nanti. Pilihan yang diberikan ialah mereka boleh juga meneruskan kerjaya mereka di Sabah tetapi elaun perumahan Wilayah sebanyak rm870 tidak akan diberikan dan di gantikan dengan elaun perumahan biasa yang nilainya adalah mengikut gred..Tapi ini buat permulaan hanya melibatkan guru-guru di Sekolah Rendah..
Ini memang bagus untuk 1 Malaysia...sama rata di seluruh Malaysia tetapi pihak kementrian harus juga memikirkan kesan penarikan elaun itu terhadap guru yang berasal dari Semenanjung jika ditarik sekaligus.. Kesian guru-guru dari Semenanjung...dulu mewah..sekarang korang terpaksa cari jalan bagaimana untuk melunaskan bayaran kereta dan rumah serta hutang lain korang yang mahal-mahal itu jika penarikan itu akan dilaksanakan nanti..
Guru-guru semenanjung yang bertugas di Sabah memangnya "membuat duit" dengan sistem lama ini... Mana tidak kita bandingkan saja...guru-guru yang berasal dari Sabah..kereta mereka rata-rata 'kecil' saja..Paling besar D max. hehe... Kalau guru dari Semenanjung?? Ada yang mampu membeli kereta yang harganya ratusan ribu..huhu...macanana tu? Tentunya dari elaun itu dan ini. -satu kelebihan mereka yang diberikan oleh kerajaan... Tapi bagaimana jika elaun itu dimansuhkan??? Habislah kereta tu...
Walaubagaimanapun saya bersetuju juga jika penarikan elaun yang double standard ini dihapuskan cuma perlulah dibuat kajian untuk menjadikan kawan-kawan guru semenanjung ini tidak terasa sangat kesannya.. Pegawai dari kementrian yang jauh lebih hebat berfikir pasti dapat ikhtiarkan sesuatu yang lebih baik..
Jadi kenapa terjadi semua penarikan elaun ini?? Adakah untuk "keadilan" atau "1 Malaysia" atau "Kekurangan sumber wang" jadi terpaksa cari jalan cepat untuk dapatkan wang segera.. Perlu diingat elaun ini boleh adalah satu jumlah yang besar pada setiap bulan...Juta..juta ooh..
Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
10 ulasan:
bukan semua yang menikmati 2 semua. dengan elaun 860.. terpaksa menyawa rumah yang majoriti 600-800sebulan.. berbaloi ke tu? kalau ang d semenanjung nk balik kampung senang je.. start kereta trus je balik.. tp yg d sabah ni. nk balik kampung kena empah iket yang x tau berapa ratus harga nya. balik kampung pn brapa kali je.. yang d semenanjung tiap2 minggu boleh balik.. kos pon rasanya dalam seratus je.. mmg nampak bnayk elaun perumahan 2, tp rasenye yang terima elaun tu sendiri tau yang duit tu ckup ke x.
bukan semua yang menikmati 2 semua. dengan elaun 860.. terpaksa menyawa rumah yang majoriti 600-800sebulan.. berbaloi ke tu? kalau ang d semenanjung nk balik kampung senang je.. start kereta trus je balik.. tp yg d sabah ni. nk balik kampung kena empah iket yang x tau berapa ratus harga nya. balik kampung pn brapa kali je.. yang d semenanjung tiap2 minggu boleh balik.. kos pon rasanya dalam seratus je.. mmg nampak bnayk elaun perumahan 2, tp rasenye yang terima elaun tu sendiri tau yang duit tu ckup ke x.
SDr anonymous,
Hakikatnya apa yang saudara katakan itu tak semudah yang anda katakan.. anda kata orang yang p Sabah banyak kesulitan dan yang p Semenanjung tiada kesulitan...adakah ianya semudah itu?
Sebenarnya pada saya benda ini harus dikaji secara mendalam dan bukan dilakukan dengan terburu-buru iaitu tau-tau je sudah ada pekeliling...
Anda guru dari sem M'sia pasti akan terkena kejutan elektrik jika ini berlaku...
Tapi kalau kementrian mahu perkara ini dilaksanakan saya percaya ramai yang bersorak terutama guru sabah yang p Sem M'sia..
Korang ingat dorang p sana tinggal free ja ka tapi elaun hanya rm350..
Apa beza barang di sana dengan barang di Sabah?? Kenapa ada perbezaan ini.. Saya percaya semua guru adalah berdarah merah dan tidak harus dibeza-bezakan...ya tak
Di sini nak membetulkan isi kandungan blog anda yg kurang tepat, berdasarkan mesyuarat guru data mengenai tentang guru semenanjung disuruh balik ke wilayah asal bukan disebabkan nak menjimatkn elaun, ini adalah kerana mengikut angka statistik setiap tahun, seramai 4ribu dari guru semenanjunng yg mengajar di sabah dan sarawak memohon tukar ke tempat asal mereka, tetapi ini x dapat dipindah sekali gus kerana ia adalah berdasarkan keperluan sekolah. satu lagi, penghantaran guru semenanjung ke sabah dan sarawak adalah keputusan KPM mula2nya, bukan kehendak guru semenanjung, memang mustahil la kerajaan nak potong EPW mereka dengan suka hati, sekiranya kerajaan mo memindahkan guru semenanjung ke wilayah asal mereka, maka KPM akan menanggung segala kos kargo, elaun gangguan utk setiap kepala guru.satu lg, dasar kerajaan sekarang adalah memberi longgaran kepada guru semenanjung khususnya sek rendah utk memohon pindah, hanya di kawasan pendalaman ZON A, B dan C sahaja yang dapat pohon pindah.mereka akan diberi borang khas utk mengisi borang tu.TETAPI sekiranya guru berkenaan x pindah, dia x payah isi borong pindah malah EPW dinikmat seperti biasa..
satu lagi, kebanyakan Guru KPLI sabahan yang baru keluar x ada penempatan di Sabah, malah mereka jugak x ada peluang ditempatkan di semenanjung, kerana sana pun FULL dah, oleh itu, KPM terpaksa memberi peluang kepada guru sek rendah yg berasal dari semenanjung iaitu mereka diberi keutamaan pindah ke wilayah asal mereka, kemudian KPM akan masukkan Guru sabahan KPLI ke tempat kosong itu...situasi hanya berlaku di sekolah rendah sahaja tetapi guru agama masih x layak memohon pindah, biarpun mereka pohon, akan ditolak jugak, kerana sabah masih mengalami kekurangan guru agama.. INI TIDAK BERKAITAN masalah semata2 jimat EPW, kerana ini adalah permintaan guru smenanjung yg mengajar di SABAH...ramai yg ingin pohon pindah berbanding org yg x pohon pindah
So, kepada guru semenanjung yg masih ingin berkhimat di sabah, dia x payah isi borang khas mean x akan dipindahkan dan masih bule menikmati EPW seperti biasa... XLOGIK sangat sekiranya EPW guru semenanjung dipotong saja, kalo mo potong, ia bukan sekadar di bidang pendidikan, malah bidang lain seperti perubatan, polis, tentera juga akan dilakukan secara serentak, SO MUSTAHIL LA EPW dikurangkan dan digantikan elaun rumah mengikut gred...
Tanpa nama,
Terima kasih dengan info yang saudara berikan. Ini tentu memberikan maklumat yang lebih baik mengenai permasalahan ini..
kalau di suruh pilih samada EPW atau balik semenanjung tentu sekali saya pilih balik semenanjung. hakikatnya, kos perjalanan balik sangat tinggi. tiket kapal terbang, kos makan, bas, teksi baru sampai kg. bayangkan kawan saya ada anak 6 orang balik kampung dengan kos RM11 ribu!!! nak x nak kena balik jugak kerana hal kecemasan tapi x dapat claim pun kos tanggung sendiri. sanggup ke anda?? rm11k?
sdr wan,
semua orang kalau diberikan pilihan pasti akan memilih yang terbaik untuk diri sendiri...Mesti pilih gaji atau elaun yang besar2. Tapi bagaimana jika kita tidak berhak dalam membuat pilihan? Misalnya dalam masalah perbezaan pemberian EPW? Kalau saya orang Senenanjung, saya juga akan pilih untuk kerja si sana... Mudah dalam menyelesaikan masalah terutama kecemasan.. Tapi kalau masalah EPW tu saya rasa tidak releven dengan topik yang saudara katakan iaitu tambang balik semenanjung... Jika tiadapun pemberian EPW, kawan anda yang punya 6 anak tu tetap bayar tambang kapal terbang yang sama tak kira di mana dia kerja... Kenapa tidak menyuarakan sahaja permasalahan tambnag sama kementerian selain dari masalah EPW?
cube nk post tu pikir dlu..jgn nk bangang x bertempat.. aku duk sabah ni nk menyimpan 10 ringgit sebulan pon payah..aku bkn guru..tp kne gak keje kat sabah..gaji kecik je..gred 17.. sewe rumah 600..ni pon ok la dah kurangkan smpi 600 sbb maintanance sndri..klu tuan rumah maintanance drg nk sebulan 1200..klu duk smnnjung tu setakat naik bas blk kpg bru rm70 rm80..aku ni rm500 rm600 bongok..try duk sni tgk mcm mne..tulis ikut sedap je.. klu x de epw aku x tau aku jd ape kt sni..
Cuba usahakan untuk cari pekerjaan di Sem. Msia. Mungkin itu yg baik untuk saudara.
Aku dlu btugas d slangor slma 7 thn.. Elaun rumah plg tggi pn rm550 sedangkn sewa rumah plg murah rm600. Ada yg rm350 tp jauh sgt dr tmpt kja. Korg guru dr smnanjung bsyukur la elaun tinggi dr ktorg org sbh srwk yg mgajar smnanjung.. Korg elaun rm870 pn da mrungut x ckup.. Ktorg ni nk beli keta pn kena tgu bbrp thn.. Kwn2 aku kt perak, pahang, johor, elaun rumah x smpi rm400 pn.. Elaun rumah yg sbnr rm550 tp krajaan negeri sbh yg byr lebih rm320 kt guru smnanjung, bukan dibyr oleh krajaan.. Da la tu, d smnanjung, terutma slgor x byk sek ada rumah guru.. da la tu, brg mkn kt slgor bukan murah.. Beli ikan buruk pn aku da rasa mahal.. Nk x nk tpksa beli jg.. Ktorg guru2 sbh srwk mnta elaun dinaikkn tp kmenterian x lyn.. Korg jgn la merungut psl elaun..
Ktorg lg teruk dr korg.. Bsyukur je la pa yg ada.. Korg guru smnanjung dpt elaun tgi kt sbh srwk, ktorg kt mn2 pn elaun tetap x setinggi korg.. So, mari kta bkhidmat sbaik mgkin.. Jgn fikir elaun, insya Allah ada jg rezeki..
Catat Ulasan