Jumaat, 16 Julai 2010

500 jawatan kosong ditawarkan dalam sesi temuduga program Juara Rakyat Belia Gegar III


15th July, 2010
TUARAN: Lebih 500 kekosongan jawatan ditawarkan kepada para pencari kerja atau belia di daerah ini dalam sesi temu duga terbuka yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah pada 17 Julai ini.

Pengerusi Penganjur program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III Abdul Kassim Hj Razali berkata, sesi temu duga terbuka yang disediakan dalam program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III itu merupakan julung-julung kali diadakan. “Para pencari kerja dan belia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada dalam sektor swasta atau syarikat-syarikat tempatan di sini bolehlah menghadirkan diri pada program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III yang diadakan di Tuaran Futsal Arena, Kampung Lok Batik Jalan Sulaman dekat sini pada Sabtu ini, katanya pada Rabu.

Bersempena dengan temu duga tersebut, para majikan daripada sektor swasta dan syarikat-syarikat tempatan turut turun padang dalam menjayakan program Juara Rakyat kali ini. Abdul Kassim berkata, mereka yang berminat untuk menghadiri sesi temu duga itu, boleh datang ke tempat yang disebutkan dengan berpakaian kemas, membawa dokumen diri berserta sijil-sijil persekolahan yang berkaitan.

Selain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), para graduan juga dipelawa untuk menghadiri temu duga berkenaan termasuk mereka yang memiliki sijil latihan kemahiran. “Program temu duga terbuka seumpama itu perlu direbut oleh kalangan belia terutamanya mereka yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
“Sebenarnya masih banyak peluang pekerjaan yang perlu direbut oleh para belia dan pencari kerja di negeri ini.

Katanya, para belia perlu bijak mencari peluang pekerjaan di tempat sendiri dan tidak perlulah ke luar Sabah semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana apa yang jelas kebanyakannya daripada mereka pernah tertipu dengan janji-janji kosong majikan dan tawaran pekerjaan yang benar-benar tidak pasti. Sehubungan itu katanya, Juara Rakyat karnival Belia Gegar III yang bertemakan “Generasi Baru- Belia Bebas Dari Jenayah dan Dadah anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Tuaran di lihat satu pendekatan terbaik dalam usaha membantu para belia memperolehi kerjaya.

Dalam pada itu Abdul Kassim turut berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah kerana mengambil inisiatif dalam menjayakan program juara rakyat kali ini. “Ini termasuklah pihak-pihak swasta, persatuan, kelab dan pihak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang turut serta dalam karnival Belia Gegar III, katanya.

Orang ramai di sekitar daerah ini dipelawa datang bagi memeriahkan lagi Juara rakyat Karnival Belia Gegar III yang sememangnya menyediakan pelbagai acara termasuk persembahan kebudayaan, nyanyian, pertandingan mencari harta karun, pertandingan fotografi, cabutan bertuah, pertandingan futsal dan gerai pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Program Juara Rakyat itu akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Hj. Noor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman.
 
 
sumber:

p/s:
Sekarang banyak jawatan yang ditawarkan dan terpulanglah kepada belia untuk mencari yang sesuai.. Belia harus memilih apa yang sepadan dengan kemampuan agar dia dapat melakukan tugasnya dengan baik nanti...


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.
 
Bookmark and Share

4 ulasan:

NURA berkata...

salam sobat
wah peluang banyak banget ,,500 jawatan kosong yg ditawarkan.

iddinm berkata...

para belia perlu mengambil kesempatan ini dengan sebaik2nya..

Tanpa Nama berkata...

sebagai sabahan, sy sokong kerajaan memberi elaun susah hidup kepada pendidik yg sanggup mengajar di kawasan pendalaman... sedia maklum bahawa generasi sabahan perlu dimantapkan dari segi pendidikan khususnya utk anak sabahan yg berasal dari kawasan pendalaman.

x payah mengkaji pasal elaun susah hidup, kalo mo kaji, nilainya elaun sepatutnya di naik lg agar menarik lebih ramai org datang ke sabah berkhimat..kita x rasa rugi kalo kerajaan bayar elaun banyak kepada mereka, lagipun ini adalah rezeki mereka, usah dengki...satu lg pemberian elaun yg tinggi mampu meningkatkan kuasa beli mereka utk mencetuskan perbelanjaan yg tinggi di sabah, duit tu sentiasa beredar di sabah...sabah maju jaya

iddinm berkata...

Saya rasa anda salah faham...saya bukan mengatakan agar EHS ditarik balik cuma hanya untuk memastikan yang ianya diberikan dengan betul dan tepat... kalau dah susah tu tempat kasilah yang sepatutnya..tapi kalau tempat itu tidak susah kenapa masih diberikan EHS MAKSIMUM.. Banyak lagi tempat yang kerajaan perlukan duit... bukan salah mengagih macam ni.. Kalau gitu bagus yang di bandar2 pun diberikan EHS maksimum...amacam??