Rabu, 14 Julai 2010

Cikgu....Bila di potong Elaun janganlah terus melenting...

Salam semua,

Kenapa anda harus melenting dengan keputusan kerajaan baru-baru ini iaitu memotong elaun perumahan wilayah kepada semua guru sekolah rendah dari sem M'sia? Kepada sesiapa yang terlibat anda patut bersyukur kerana selama ini anda menikmati kemudahan seperti ini selama bertahun-tahun.. dan orang Sabah yang pergi ke Sem. Msia untuk mengajar di sana tidak menikmati seperti yang dinikmati oleh kebanyakan guru-guru semenanjung...

Aku rasa kos sara hidup di Semenanjung jauh lebih mahal bagi orang Sabah yang di 'posting di sana' berbanding jika mereka mengajar di Sabah sendiri... Adakah mereka mempunyai pilihan? Bila sudah diberikan surat lapor diri di Semenanjung, maka orang Sabah terpaksa juga pergi ke sana.. Terpaksa bersedia untuk mengharungi kepayahan hidup dinegeri orang. Sama seperti orang Semenanjung yang datang ke Sabah...saya percaya bila orang sana dapat tawaran ke Sabah pasti mereka akan kata...

"Aduh jauhnya...Sabah ba..ba.. tapi tak pe elaun banyak oooh.." 

Macamana kalau orang Sabah yang kena hantar ke Semenanjung Malaysia? Apa yang mereka akan kata?

"Harap-harap lepas setahun dua aku dihantar pulang ke Sabah, saya dengar kos hidup sana pun mahal, elaun yang kita dapat pun nda dapat menampung sewa rumah sana"..

Bila memikirkan semua ini tiada kekecewaan yang harus kita utarakan..Cuma apa yang kita harapkan ialah jika kerajaan ingin menghapuskan apa-apa elaun maka janganlah terlalu mendadak sangat... Cuba kalau anda (pegawai kementerian) di lupuskan wang gaji rm+++, bagaimana ya? Bohong kalau anda tidak merasai apa-apa kesulitan nanti terutama yang banyak membuat pinjaman perumahan, peribadi dan sebagainya...



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

23 ulasan:

RinnAzrinah berkata...

Ini saya punya pengalaman sendiri. Saya berasal dari Sabah dan berkhidmat sebagai kerani di sektor awam. Saya sangat bertuah kerana diberikan Elaun Perumahan Wilayah. Sekurang-kurangnya, elaun tersebut dapat menampung bayaran rumah sewa yang saya duduki. Tapi, kalau difikir-fikirkan... kos hidup di Semenanjung Malaysia memang sangat tinggi. Segala-galanya memerlukan duit. Nak ke mana-mana pun perlu membayar tol... perlu menaiki kenderaan. Keadaannya tidak seperti di Sabah. Malah, kalau duduk di area Subang Jaya... sewa bilik pun sudah mencecah RM200++... Kalau di Sabah, RM200++ itu boleh sewa sebuah rumah. EPW bagi penjawat awam yang bertugas di luar wilayahnya sendiri... Tapi, kalau tak silap saya, penerima EPW tidak mendapat elaun COLA....

Maaf kalau saya tersilap...

iddinm berkata...

princess..
saya sateju dengan apa yang anda cakap.

Tanpa Nama berkata...

Bila masa pula EPW dipotong? Mana pekeliling atau bukti? Sumber mana yang kamu ambil saya tidak tahu. Fikir semua tempat di Sabah ni murah ka sewanya? Cuba tinggal di Kota Kinabalu. Baru tau macam mana kos sewa rumah yang tinggi di sini.

iddinm berkata...

tanpa nama,
Cuba anda tanya guru2 sekolah rendah dan tanya mereka apa yang sebenarnya berlaku... yang saya tau hanya guru2 sekolah rendah yg mengajar bahasa arab yang tak terlibat.. yang lain di suruh pulang ke Sem Msia atau tidak dibayar EPW...

Tanpa Nama berkata...

susah jugak tinggal di semenjung ne...suda la kebanyakkan tmpat kemudahan jauh2...mo ada kenderaan jugak sini...kalu di KK senang la...bole jalan kaki pegi CP,Suria,wisma merdeka...senang laa...sini semenjung...sewa rumah pun mahal...kalu di KK murah...aq stay di flat pun suda rm800...gaji kerani n17 saja...nasib baik ada kawan2 terpaksa kongsi smpai 8 org...bayangkan laa macam sardin ba kami sini semnjung...kalu ada org semnjung mo pindah balik ...pinda la balik..supaya ada kosong di sabah...aq ndak minta pegi semenjung ne....menyusah kan ada la disini

iddinm berkata...

Aku setuju yang kos sara hidup di Semenanjung jauh lebih tinggi berbanding di Sabah dan Sarawak kalau d kira pada tempat yang sama.. Janganlah membandingkan kampung dengan pekan atau bandar... Dulu aku pernah menyewa di Pantai dalam, Kerinchi... Betullah seperti yang saudara katakan.. kami menyewa 13 orang dan memang hidup macam sardin. Makanan pun susah mau cari yang murah. Kalau di Sabah anda boleh mencari bahan makanan yang murah di setiap pekan..

Tetapi ketidak adilan dalam pembahagian @ pemberian elaun ini memang dirasakan. Jadi jika diseragamkan ianya memang satu tindakan yang adil untuk semua rakyat...

yang terkena memang akan merasa ketidakadilan tetapi hakikatnya itulah yang sebaik2nya..

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya sangat khabar angin yang mengata2, kerajaan x akn tarik balik epw even guru smenjung x mo pindah, sebab kuantiti guru semenanjung pohon pindah ke wilayah asal adalah lebih byk berbanding mereka yg ingin terus berkhimat di sabah, itulah kerajaan mengikut kehendak majoriti guru semenanjung itu khas utk sek rendah sahaja kecuali guru agama, TETAPI x paksa atau mengarah guru semenanjung pindah ataupun potong epw guru yang x mo pindah...if mereka x pindah, xpayah la isi borang pindah..x logik sangat, sedangkan 80 peratus guru besar/pengetua adalah terdiri daripada guru semenanjung, if EPW mereka ditarik kerana x pindah, maka doktor, polis, tentera yg mendapat EPW pun kena ditarik balik..Konsep KEADILAN mesti wujud utk semua bidang... so far x ada pekeliling yg mengatakan benda tu..so, ini cuma khabar angin saja..yang tepat adalah KPM merasai guru lebih sesuai mengajar di tempat asal mereka dengan alasan mereka memahami budaya tempatan dan boleh mengajar secara berkesan, x berkaitan EPW semata2.. dan satu lg ia adalah memberi peluang penempatan guru KPLI sabahan di sabah yang dah penuh..

iddinm berkata...

Walaupun penarikan epw tidak menyeluruh tetapi sekurang2nya pihak KPM memberikan respond terhadap rungutan guru2 yang berasal dari borneo. Memang ada yang mengatakan bahawa ia tidak adil dan saya juga setuju bahawa jika sebahagian gaji atau elaun anda ditarik balik tentu ianya memberikan masalah kepada kakitangan tersebut. Cuma jumlah elaun yang berbeza2 tetap tidak menunjukkan keadilan dalam kerjaya perguruan. Apapun perkongsian maklumat antara kita semua dalam hal ini amat penting dalam melahirkan apa yang dikatakn penyelesaian hasil perbincangan ramai..

Tanpa Nama berkata...

Memang rungutan dari org Borneo yg kerja di semenanjung jugak perlu dipertimbangkan oleh kerajaan..sedangkan ada org sabah yg berkhimat di sarawak pun merungut jugak kerana situasi mereka sama seperti org sabah dan sarawak yg bertugas di semenanjung. EPW pun x banyak seperti org semenanjung dan sarawakian yg bertugas di SABAH.. Nampaknya sabah adalah tempat BERDUIT.$$$$$$$

mengikut realiti iaitu berdasarkan mesyuarat guru data, sabahan yang bertugas di Sabah jugak ada yg ramai memohon tukar antara daerah, misalnya dari Tawau mintak tukar ke Putatan, mereka buat demikian kerana x mo berjauhan dengan family di daerah asalnya, satu lagi, mereka mengatakan bahawa mereka jugak terpaksa menyewa rumah kat daerah lain. cuba Fikir la situasi ni, sedangkan org sabahan sendiri pun x minat mengajar di Sabah sendiri tetapi mo mengajar di DAERAH asal sendiri, sebab kalo mengajar daerah lain di sabah, mereka terpaksa membayar sewa umah jugak dengan elaun rumah kerajaan yang sikit. itulah kenapa sabahan dan sarawakian sanggup pg semenanjung utk menikmati EPW walaupun EPW x sebanyak EPW yg dinikmati oleh guru semenanjung di sabah.... Bayangkan di bahagian Pantai Barat sabah memang dah penuh, sedangakan org sabah yang dari kota-kinabalu pun x sanggup mengajar di bahagaian Tawau dan Sandakan..

satu lagi, situasi sabah dan sarawak x seperti situasi di semenanjung, kebanyakan sek rendah di sabah adalah amat mundur, ada yang di pulau, hutan..dah la kemudahan pun x lengkap, x ada line hdphone, kemudahan air dan elektrik pun kadang2 bermasalah..cuba fikirkan , bukan semua guru sanggup berkhimat di sana tau, even kerajaan memberi elaun susuh hidup kepada guru yg sanggup mengajar di kawasan pendalaman ZON A,B dan C, tetapi masih x ramai sangat guru yg sanggup mengajar di sana khususnya guru perempuan, dah la kebanyakan guru adalah terdiri daripada golongan HAWA...kalo mereka x sanggup mengajar, sapa yang menjadi mangsa?? mestilah anak bangsa kita yg tinggal di kawasan pendalaman tu..itu sebabbla KPM memberi kelonggoran kepada lelaki yg memohon utk menjadi pendidik utk mengatasi kexseimbangan jantina di dalam bidang pendidikan.

Oleh itu, ia langsung x brkaitan dengan penjimatan EPW, sebab penghantaran guru semenanjung ke sabah dan sarawak mula2 nya adalah keputusan kerajaan utk mewujudkan integrasi nasional dan mengatasi kekurangan guru subjek kritikal di Sabah, x LOgik lagi kerajaan mo tarik EPW mereka sedangkan ini adalah keputusan awal yang telah dibuat oleh KPM. lagipun ini bukan kehendak majoriti guru semenanjung. TETAPI kali ni,memandangkan ramai sabahan, sarawakian dan org semenanjung memohon pindah ke wilayah asal mereka berbanding dengan guru yang x mo pindah, maka kelonggaran utk memohon pindah telah berlaku di sek rendah di sabah (kecuali guru aganma), TETAPI ini bukan MENGARAH atau PAKSA pindah, sebab memang dijangka lebih ramai guru memohon pindah ke wilayah asal mereka kalo mengikut angka statistik guru data di sabah, wlbagaimanapun, ini tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ia berdasarkan keperluan sekolah.

kesimpulannya.INI TIDAK BERKAITAN PENARIKAN EPW ATAU PENJIMATAN KOS EPW.

sari, sy ingin membetulkan kenyataan anda yg memesongkan

iddinm berkata...

Tanpa nama..
Hakikatnya kadar EPW bagi bagi guru semenanjung yang datang ke Sabah adalah tidak sama dengan kadar EPW bagi guru yang berasal dari Sabah yang di postingkan ke Semenanjung. Ini sebenarnya persoalan di sini. Jika kadar EPW diseimbangkan bagi kedua2 pihak tentu rungutan guru2 terhadap masalah ini tidak akan timbul. Cuba anda fikirkan jika anda berada di antara sebelah pihak dan kemudian anda juga berada di sebelah pihak. Soal mengenai guru yang ingin mengajar di daerah sendiri tidak timbul kerana yang saya ingin ajukan di sini adalah perbezaan EPW di antara guru semenanjung yang datang ke sabah dan guru sabah yang dipostingkan ke semenanjung...

Anyway.. terima kasih atas komen anda. banyak maklumat lain..

Tanpa Nama berkata...

cuma sy disini nak membetulkan tajuk blog anda yg memesongkan pembaca2. terutama ayat"keputusan kerajaan baru-baru ini iaitu memotong elaun perumahan wilayah kepada semua guru sekolah rendah dari sem M'sia"

memang tidak dinafikan sabahan yg mengajar di smenanjung sentiasa mengadu kexadilan yg telah dialami selama ni....Sarawakian jarang merungut kerana kadar EPW yang dinikmati oleh mereka di semenanjung adalah selaras dengan kadar EPW yang dinikmati oleh guru semenanjung yang bekerja di Sarawak...kes sabahan memang special, sy pun menyokong kadar EPW disamaratakan..tetapi anda x bule mengatakan kerajaan x memberi layanan saksama kepada org sabahan, cuba bayangkan kerajaan sanggup membiayai EPW yg banyak kepada guru semenanjung di sabah kerana sabah menghadapi masalah kekurangan pendidik utk subjek2 tertentu, sekiranya kerajaan x hantar mereka bertugas di Sabah, siapa yang akan menjadi mangsa??? mestilah org sabahan punya pelajar...mean sabah bule dikatakan tempat berDUIT utk guru semenanjung n sarawakian dan juga bule dikatakan tempat yg menyebabkan kerajaan byk KELUAR DUIT utk EPW.

memang x dapat dinafikan kexsamarata EPW menimbulkan rungutan di kalangan sabahan yg keja di semenanjung, malah juga terdapat rungutan guru semenanjung yg bertugas di sarawak kerana EPW mereka x sebanyak seperti di sabah.. tetapi org semenanjung pun kebanyakan mengharapkan kpm meghantar mereka ke sabah n sarawak, ini adalah keputusan kpm, if kpm nak menghantar balik guru semenanjung ke wilayah asal, maka KPM ada tanggungjawab utk menanggung segala elaun perpindahan utk guru..

berbalik kepada isi kandungan anda yg telah mengatakan bahawa kerajaan mghantar balik guru semenanjung adalah semata2 utk menjimatkan kos EPW dan penarikan epw kepada guru yang x sanggup pindah malah akan digantikan dengan elaun rumah biasa yg mengikut gred....adakah ia logik kerana kerajaan smata2 mengurangkan kos EPW???? siapa x mo menjimatkan kos perbelanjaan, biarpun kerajaan x membuat keputusan itu, objektif utk penjimatan epw sebenarnya senang dicapai..INI ADALAH KERANA setiap tahun ramai guru sememnanjung memohon pindah ke wilayah asal mereka, beribu2 guru memohon setiap tahun, ini telah menunjukkan bahawa bukan semua guru semenanjung sanggup bertahan lama di sabah..masalahnya, bilangan yang diluluskan x dapat dilakukan sekali gus, KPM juga nak menjaga kepentingan anak sabah supaya proses P&P mereka x akan diganggu sekiranya ketiadaan guru utk mengajar mereka, satu lagi, mengikut JPS, bukan senang utk seseorg guru memohon pindah ke wilayah asal mereka, ini bergantung keperluan sekolah, contohnya, kalo guru BI pindah ke semenanjung, pada masa yg sama mesti ada Guru BI dari Sabahan utk mengisi kekosongan itu, kalo x ada pengganti, permohonan guru utk pindah akn ditolak...

seperti baru2 ni bulan ogos yg lepas, guru semenanjung telah ditawar utk mrngisi borang khas pindah ke wilayah asal, mengikut angka statistik, 80 peratus ke atas guru semenanjung sanggup isi borang tersebut, tetapi sampai sekrg, sebahagian besar guru x dapat pindah pun..sebab perpindahan mesti berasaskn keperluan dan kepentingan sek.ini salah siapa, bukn senang tau kerajaan nk tanggung kos kargo, elaun gangguan,tiket terbang utk setiap kepala guru termasuk ahli keluarga guru tu...tambahan lg, guru semenanjung juga seperti org sabah iaitu tidak sanggup meningggalkan wilayah asal mereka dan berkhimat di wilayah lain..

iddinm berkata...

Sebenarnya saya tegaskan di sini yang saya hanya fokus kepada ketidakadilan yang saudara sendiri katakan. Jadi perkara lain yang saudara timbulkan itu adalah maklumat tambahan yang juga saya rasa pendapat anda sahaja kerana cikgu yang terkena tempias itu pasti merasa kesannya. Guru agama memang tiada kena mengena dengan dasar ini. Jika kerajaan dapat menyelaraskan EPW ini maka masalah ini tidak akan timbul. Itulah sebab saya timbulkan istilah 'keadilan' itu.

Tanpa Nama berkata...

jadi anda betul2 pasti penarikan EPW akan dilaksanakn utk guru semennjung yg x pohon pindah??? dmana anda dengar isu ni??? sedangkn kerajaan x mengeluarkn kenyataan umum...mcm situasi penarikan cola di semennjung, tp last2 x ada pun.

sebenarnya sy tegaskn di sini tajuk kat blog anda x tepat, sepatutnya meletakkn tajuk KEXADILAN

iddinm berkata...

Anda sebenarnya bagus dalam mengomen hal ini tapi anda tidak jujur dalam mengutarakan pendapat kerana buat apa membaling batu kalau lepas tu sembunyi tangan? saya tak rasa ada masalah dengan tulisan saya tu..dan jika ia berlakupun memang ada bagus nya demi satu keadilan.. seharusnya kalau kita jujur dalam mengatakan perkara yang kita rasa benar maka tak perlulah menyembunyikan identiti macam pakai tanpa nama.. saya juga suka berkawan denga sesiapa saja dan mendapat menfaat dari apa yang mereka tahu..

Tanpa Nama berkata...

ye la...cuba bagi tau aku sewa rumah disemenanjung berapa?..aku nk bgtau ni...aku skang menyewa dikawasana pedalaman disabah..dalam hutan yg xde kemudahan rumah pun..aku sewa dirumah kayu dah nak roboh ni..tau berapa sewa dia sebulan?..RM700!!!!...bayangkan rumah kayu yang berjalan pun boleh goyang2,sewa sampai RM700!!!..sana semnenjung tgk rumah la,mane ade dah rumah sewa yg jenis zaman tok akdok ni..rumah ok,memadaila ngan sewa dia..pikir2kan

iddinm berkata...

Anda memang antara orang yang amat bernasib malang kerana dapat sewa rumah yang mahal tetapi rumah tu pula sudah mau runtuh.. Tapi tidak semua guru sama dengan anda.. Ada yang mengajar di pekan tapi masih dapat elaun yang sama? Macamana tu? Sekali lagi saya tekankan di sini yang saya tidak menyarankan agar EPW ditarik balik cuma yang saya rasakan betul ialah penyeragaman EPW. Jangan ingat hanya orang Sen Msia yang susah, kalau orang Sabah p ke S. Msia juga alami nasib yang sama... kan sekarang kita sibuk dengan konsep 1 Malaysia... So patut ada konsep 1 EPW juga dalam hal ini...K

Tanpa Nama berkata...

erm aku stuju dengan tanpanama, rumah2 di sabah nih bukan murah, aku sendiri menyewa rumah yang bagai nak robohpun dikenakan sewa 5ratus, mentang2lah kami tiada pilihan rumah di dalam hutan ni, mau tidak mau terpaksa kami sewa, jd kalo sudah separuh lebih sewanya di situ ko ingat berbaloi kah epw tu, cuba kau selidik dulu kesusahan kami guru2 dipedalaman sabah ni sebelum mebmeri pendapat sahaja, satu lagi aku tengok memang ramai guru2 sabah xsanggup berkhidmat di pedalaman sabah nih, jadi kalau anda sendiri tidak mahu mendidik anak bangsa anda sendiri, kepada siapalah yang mau diharapkan...

iddinm berkata...

Bagus kerana ramai yang berminat untuk bahaskan masalah ini.. nampaknya ada yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan.. Ok aku terangkan lagi sekali...

Persoalan yang aku ingin timbulkan ialah kenapa EPW tidak diselaraskan di seluruh tanahair mengikut kadar yang sepatutnya anda dapat? Sem Msia dan sabah/sarawak tidak sama? Lagi satu anda yang tinggal mengajar di pendalaman memang sepatutnya dapat EPW atau apa2 elaun lain secara maksimum.. OK..tiada masalah tapi ada juga guru yang mengajar bukanlah di pedalaman sangat cuma 25 minit dari jalan aspalt dengan jalan yang bagus boleh pandu kereta 60kmsj dapat elaun yang maksimum.. Ini sebenarnya yang jadi persoalan?? Kenapa ada double standard di sini..kenapa kamu tidak tanya kamu punya bos di jabatan pendidikan? kamu tidak jeles ka sama mereka2 ini... Mereka2 inilah yang patut dapat pelarasan Elaun mereka dan dapat yang sepatutnya..Harap penjelasan ini dapat menjelaskan keadaan di sini..

suka kerja sini berkata...

Kakitangan awam dari semenanjung ke sabah sarawak labuan - dapat epw dan elaun wilayah.
kakitangan awam dari sabah sarawak labuan bekerja di wilayah asal, masih dapat elaun wilayah.
kakitangan awam dari sabah sarawak atau labuan bertugas di semenanjung - dapat epw dan elaun wilayah.
kakitangan awam dari semenanjung bertugas di semenanjung - dapat cola tetapi tiada elaun wilayah.
itu yang ana tahu la... kalau salah jangan marah yer.. tolong betulkan jer la...

iddinm berkata...

Bagus anda chk balik status pemberian elaun tu...

Tanpa Nama berkata...

saya antara yang berkhidmat di sabah dan tdk mendapat epw..sdgkan berasal dari semenanjung.
Sudahlah di pedalaman, zon pulau lagi tu.
Ingat kami ni sendiri sukarela ker nak dtg sini. Bkn kami yang minta pon nak dtg sini...
Kalau tak kerana tugas nak mendidik anak bangsa...upah ribu riban pon kami takkan dtg punya lah.

susah bila ada hati2 yang dengki...

iddinm berkata...

Bagus anda rujuk kpd jabatan anda kenapa anda tak dapat elaun itu kalau itu menjadi hak anda. Kalau anda tak mahu dihantar ke Sabah apply la ke semenanjung atu mungkin susah mendapat kerja di sana? Anda datang Ke Sabahpun kena bayar gaji lah jadi tugas yang dilakukan adalah berupah. so kira fairlah.. Kalau anda fikir imbuhan yang anda dapat kurang tulislah suratkepada jabatan pendidikan dan minta penjelasan kenapa anda tak layak mendapat EPW spt yang anda katakan

iddinm berkata...

Guru Sabahan sekarang sekarang tidak lagi mcm dulu.. biarlah di hantar ke mana mereka akan pergi kerana mungkin tiada pilihan. soal mereka mahukan tempat kerja berhampiran dengan kg masing2 tidak timbul kerana yg saya bincangkan di sini ialah " perbezaan dari segi bayaran EPW" dan bukan yg lain2. soalnya kenapa dibezakan? itu saja