Khamis, 27 Januari 2011

PUNCH CARD... SETAKAT MANA KEBERKESANANNYA...

Punch card memang telah menjadi amalan kepada kebanyakan syarikat dan jabatan-jabatan kerajaan dalam meningkatkan lagi disiplin pekerjanya dari segi pengurusan waktu. Kalau kita lihat penggunaan punch Card ini, memang ada baik dan buruknya.
Dengan adanya punch card, kebanyakan pekerja akan datang lebih awal ke tempat dia berkerja untuk mengelakkan masa kehadirannya 'merah'. Jadi secara tidak langsung ianya mendisiplinkan pekerja tersebut dan mengelakkannya dari sesuka hati datang lewat ke tempat kerja mereka.

Pekerja yang sering lewat datang ke tempat kerja pasti akan dapat dikesan dan boleh dikenakan tindakan sekiranya kejadian lewat ke tempat kerja sering mereka lakukan.

Bagaimanapun kadang-kadang ada kejadian di mana pekerja itu sering lewat ke tempat kerjanya tetapi punch cardnya tetap tidak merah? Bagaimana kejadian itu berlaku.. Apa magic yang mereka pakai? Biasanya dalam hal ini pasti ada seseorang yang lebih awal datang yang 'tolong' mereka punch kan kad mereka. Untung bos mereka tidak tahu.

Penggunaan punch card memang baik dalam meningkatkan disiplin pekerja terutama dari segi pengurusan masa tetapi dengan satu sistem pemantauan yang baik agar tiada yang menipu dalam menggunakannya. Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ini terutama di jabatan-jabatan kerajaan.





Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Tiada ulasan: