Ahad, 30 Januari 2011

Kerana hendak "increment" tinggi ada pula yang pura-pura resign..

Ini mau cerita sikit pasal ''Resign - meresign" di tempat kerja..

Cerita ini terjadi di suatu tempat yang mungkin anda biasa dengar dan cerita ni di ceritakan oleh kawan kepada saya, kalau aku punya kawan ini tipu sama aku maka aku pun akan turut tipu korang juga la..

Ceritanya begini, banyak orang resign di tempatnya kerja, jadi pihak pengurusan telah meng'counter offer sama yang resign itu, jadi mau di jadikan cerita, csi kawan ini pun menghantarlah surat berhenti kerjanya kepada pihak pengurusan tempatnya kerja, setelah di bincang maka suratnya pun di terima oleh majikan dan membenarkannya berhenti kerja, apa lagi.. paniklah si kawan ni pasal dia cuma aca-aca saja  berhenti dengan niat minta kenaikan gaji sikit bukan betul-betul, jadi dalam panik tu dia dapat 1 idea dan terus cakap kepada pengurus..

" ahh... tuan ini, org main-main saja dia serius pula lalu mengambil surat nya itu dan keluar dari bilik pengurusr, apa lagi ketawalah pengurus itu sambil mengeleng-gelengkan kepalanya..

komik dan telingung kan?


Pengajaran di sini, sebelum melakukan sesuatu anda mesti fikirkan apa akibat dari tindakan anda itu. Mungkin lain yang anda harapkan, lain pula kesudahannya. Ini pasti akan merugikan anda sendiri.. Jadi anda mesti memilih jalan yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda sendiri.



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Khamis, 27 Januari 2011

Di mana kualiti guru ini? tak tahu protokol kerja kah?

Guru tidak berkualiti? Benarkah tanggapan sesetengah orang yang mengatakan ada guru kita yang membuat kerja dengan tidak serius atau bagai melepaskan batuk di tangga! Saya tahu yang mungkin kurang dari 1% guru yang sebegini (harap anggaran saya benar) tetapi kejadian yang seumpama ini sepatutnya tidak berlaku apa lagi ini adalah urusan rasmi dalam tugas mereka.

Lihat sahaja pesanan atau surat yang di buat oleh seorang guru  yang bertugas sebagai SU peperiksaan sekolah kepada saketeriat pendidikan dan peperiksaan negeri.. Memang langsung tidak mementingkan perasaan hormat atau dia memang tidak tahu menghormati bos atasannya..




Inilah bentuk surat yang dihantar oleh salah seorang Setiausaha Peperiksaan salah sebuah sekolah di Sabah kepada Sekt. Pen. & Peperiksaan JPN Sabah. Nilailah sendiri kualiti guru kita.

Malulah sikit jika anda bersikap demikian.. Bagaimana anda mahu mendidik anak murid di sekolah jika anda pun orang macam ini.. Fikir-fikirkan..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

PUNCH CARD... SETAKAT MANA KEBERKESANANNYA...

Punch card memang telah menjadi amalan kepada kebanyakan syarikat dan jabatan-jabatan kerajaan dalam meningkatkan lagi disiplin pekerjanya dari segi pengurusan waktu. Kalau kita lihat penggunaan punch Card ini, memang ada baik dan buruknya.
Dengan adanya punch card, kebanyakan pekerja akan datang lebih awal ke tempat dia berkerja untuk mengelakkan masa kehadirannya 'merah'. Jadi secara tidak langsung ianya mendisiplinkan pekerja tersebut dan mengelakkannya dari sesuka hati datang lewat ke tempat kerja mereka.

Pekerja yang sering lewat datang ke tempat kerja pasti akan dapat dikesan dan boleh dikenakan tindakan sekiranya kejadian lewat ke tempat kerja sering mereka lakukan.

Bagaimanapun kadang-kadang ada kejadian di mana pekerja itu sering lewat ke tempat kerjanya tetapi punch cardnya tetap tidak merah? Bagaimana kejadian itu berlaku.. Apa magic yang mereka pakai? Biasanya dalam hal ini pasti ada seseorang yang lebih awal datang yang 'tolong' mereka punch kan kad mereka. Untung bos mereka tidak tahu.

Penggunaan punch card memang baik dalam meningkatkan disiplin pekerja terutama dari segi pengurusan masa tetapi dengan satu sistem pemantauan yang baik agar tiada yang menipu dalam menggunakannya. Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ini terutama di jabatan-jabatan kerajaan.





Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Ahad, 16 Januari 2011

CABARAN TUGAS SEORANG GURU. BUKAN SEMUDAH DISANGKA.

Aku catatkan ini kerana aku melihat apa yang berlaku, bukan hanya cerita rekaan semata-mata.. 
 
Cerita aku ini berkaitan dengan penempatan guru-guru baru di seluruh tanah air yang baru sahaja berlangsung. Sudah pasti ada keluhan di kalangan guru-guru baru yang ditempatkan di kawasan-kawasan yang amat berjauhan dengan tempat asal mereka. OK.. penempatan sebegini memang bagus dan aku setuju untuk menambahkan pengalaman tentang kesusahan terutama kepada semua guru baru.

Tapi yang tak berapa bagusnya ialah  bagaimana keadaan mereka bila mengajar ke tempat yang jauh dari asal mereka? Adakah tempat tinggal mereka? Kalau mereka tiada keluarga di sana macamana? Kamu pun mesti tau yang guru baru, yang fresh dari universiti ayau maktab bukannya berduit... Misalannya orang kes di Sabah.. Orang Tawau atau Sandakan dihantar ke Pitas.. Tiada keluarganya di situ.. Sudahlah tu yang saya tahu sekarang rumah guru pun tiada yang kosong.. Jadi kena cari rumah sewa.. macamana tu? 

Kementerian mesti mengusahakan rumah guru yang tak payahlah best sangat..cukuplah boleh tinggal atau lebih senang cakap...rumah sedarhana untuk mengatasi masalah ini.. kalau berlanjutan pasti akan mempengaruhi kualiti pengajaran mereka. Harap masalah ini dapat di atasi dengan segera.. samada menilai balik proses penempatan atau menyediakan kemudahan yang seadanya kepada semua bakal kakitangan mengajar di seluruh tanah air..





Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share