Ahad, 18 Julai 2010

KENAPA SUSAH MENDAPAT KERJA DI MALAYSIA???..

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun di rantau Asia Tenggara. Bila sesebuah negara itu sedang dalam proses ke arah sebuah negara yang lebih maju maka mustahil negara itu mengalami kesukaran dalam membekalkan peluang pekerjaan terhadap rakyatnya..Yala bila sedang membangun maka sana-sini akan perlukan orang untuk berkerja.. lainlah kalau negara maju macam USA mungkin di sana kita akan mengalami masalah untuk mendapatkan kerja..

Kenapa anda susah untuk mendapat kerja di Malaysia? Adakah peluang itu memang tidak ada atau anda sahaja yang tidak merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu? Pada pendapat saya peluang pekerjaan di Malaysia masih terbuka luas dengan banyak sektor baru yang sedang dibangunkan... Kalaulah kekurangan peluang pekerjaan berlaku di Malaysia kenapa kita memerlukan lebih 3 juta pekerja asing di semua sektor pekerjaan di negara kita?

Ada beberapa kemungkinan kenapa kita sukar untuk mendapatkan pekerjaan di malaysia...

1)... Kita tidak ada kelulusan akademik..

Jika anda ingin berkerja di mana-mana sektor pun semuanya memerlukan kelulusan akademik.. bagus atau tidaknya kerja yang anda dapat banyak bergantung kepada setakat mana tahap kelulusan anda. Jika waktu muda-muda dulu anda tidak mendengar nasihat orang tua dan cikgu dan belajar hanya main-main, lepas tu lulus setakat SPM saja...janganlah anda berharap akan menjadi pegawai tinggi di mana-mana bidang..
2)... Kelulusan ada tetapi tersalah pilih bidang..

Kebanyakan universiti sekarang samada awam atau swasta hanya mementingkan jumlah pelajar yang akan masuk mengikuti kursus dalam universiti atau kolej mereka.. Jarang sekali kita mendengar yang mereka ada membincangkan tentang hala tuju anda selepas tamat belajar di situ.. Jangan sekali-sekali anda pilih bidang yang peluang pekerjaannya amat kurang di negara ini.. kalau pihak IPT tu paling-paling mereka akan kata "kau carilah kerja sendiri, bukan aku punya pasal".. Jadi sewaktu anda mula memohon masuk ke IPT tempatan atau luar negara maka anda harus fikirkan apa akan berlaku pada anda selepas tamat pengajian nanti.. Di mana anda akan boleh mencari kerja..

3)... Anda ada kelulusan tapi memilih kerja..

Orang yang sebegini tidaklah ramai tetapi saya percaya akan kewujudan golongan ini.. Anda semua janganlah terlalu memilih kerja... Buat permulaan jika ada kerja yang melintas di depan anda maka anda harus mengambilnya dulu.. Di sinilah anda boleh buat platform untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan lebih sesuai dengan anda nanti..

4)... Terdapat persaingan dari tenaga buruh asing..

Ini masalah dari syarikat.. Ada syarikat swasta yang lebih suka menggaji pekerja asing kerana upahnya lebih murah dan syarikat mereka tidak seberapa terikat dengan undang-undang buruh Malaysia.. Jika mengambil buruh tempatan maka banyak undang-undang yang perlu dipatuhi malahan kos pembayaran di luar juga akan meningkat..

5)... Tempat anda bukan pusat pembangunan..

Kemungkinan terdapat kes di mana anda tinggal jauh dari pusat pembangunan yang sedang dilaksanakan maka ini tentu memerlukan sedikit pengorbanan jika anda ingin berkerja di tempat lain.. tapi asalkan mendapat pekerjaan maka anda harus mengambil peluang itu..


Selain daripada itu penyebab lain yang menyukarkan mendapat pekerjaan di Malaysia ialah faktor-faktor sampingan yang boleh diketepikan jika anda betul-betul berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan.. jangan berfikiran negatif dan sentiasa berfikir maju ke depan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara..




Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Jumaat, 16 Julai 2010

500 jawatan kosong ditawarkan dalam sesi temuduga program Juara Rakyat Belia Gegar III


15th July, 2010
TUARAN: Lebih 500 kekosongan jawatan ditawarkan kepada para pencari kerja atau belia di daerah ini dalam sesi temu duga terbuka yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah pada 17 Julai ini.

Pengerusi Penganjur program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III Abdul Kassim Hj Razali berkata, sesi temu duga terbuka yang disediakan dalam program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III itu merupakan julung-julung kali diadakan. “Para pencari kerja dan belia yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sama ada dalam sektor swasta atau syarikat-syarikat tempatan di sini bolehlah menghadirkan diri pada program Juara Rakyat Karnival Belia Gegar III yang diadakan di Tuaran Futsal Arena, Kampung Lok Batik Jalan Sulaman dekat sini pada Sabtu ini, katanya pada Rabu.

Bersempena dengan temu duga tersebut, para majikan daripada sektor swasta dan syarikat-syarikat tempatan turut turun padang dalam menjayakan program Juara Rakyat kali ini. Abdul Kassim berkata, mereka yang berminat untuk menghadiri sesi temu duga itu, boleh datang ke tempat yang disebutkan dengan berpakaian kemas, membawa dokumen diri berserta sijil-sijil persekolahan yang berkaitan.

Selain lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR), para graduan juga dipelawa untuk menghadiri temu duga berkenaan termasuk mereka yang memiliki sijil latihan kemahiran. “Program temu duga terbuka seumpama itu perlu direbut oleh kalangan belia terutamanya mereka yang masih belum mempunyai sebarang pekerjaan.
“Sebenarnya masih banyak peluang pekerjaan yang perlu direbut oleh para belia dan pencari kerja di negeri ini.

Katanya, para belia perlu bijak mencari peluang pekerjaan di tempat sendiri dan tidak perlulah ke luar Sabah semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana apa yang jelas kebanyakannya daripada mereka pernah tertipu dengan janji-janji kosong majikan dan tawaran pekerjaan yang benar-benar tidak pasti. Sehubungan itu katanya, Juara Rakyat karnival Belia Gegar III yang bertemakan “Generasi Baru- Belia Bebas Dari Jenayah dan Dadah anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) Tuaran di lihat satu pendekatan terbaik dalam usaha membantu para belia memperolehi kerjaya.

Dalam pada itu Abdul Kassim turut berterima kasih kepada Jabatan Tenaga Kerja Sabah kerana mengambil inisiatif dalam menjayakan program juara rakyat kali ini. “Ini termasuklah pihak-pihak swasta, persatuan, kelab dan pihak Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang turut serta dalam karnival Belia Gegar III, katanya.

Orang ramai di sekitar daerah ini dipelawa datang bagi memeriahkan lagi Juara rakyat Karnival Belia Gegar III yang sememangnya menyediakan pelbagai acara termasuk persembahan kebudayaan, nyanyian, pertandingan mencari harta karun, pertandingan fotografi, cabutan bertuah, pertandingan futsal dan gerai pameran yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Program Juara Rakyat itu akan dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Hj. Noor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman.
 
 
sumber:

p/s:
Sekarang banyak jawatan yang ditawarkan dan terpulanglah kepada belia untuk mencari yang sesuai.. Belia harus memilih apa yang sepadan dengan kemampuan agar dia dapat melakukan tugasnya dengan baik nanti...


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.
 
Bookmark and Share

Rabu, 14 Julai 2010

Cikgu....Bila di potong Elaun janganlah terus melenting...

Salam semua,

Kenapa anda harus melenting dengan keputusan kerajaan baru-baru ini iaitu memotong elaun perumahan wilayah kepada semua guru sekolah rendah dari sem M'sia? Kepada sesiapa yang terlibat anda patut bersyukur kerana selama ini anda menikmati kemudahan seperti ini selama bertahun-tahun.. dan orang Sabah yang pergi ke Sem. Msia untuk mengajar di sana tidak menikmati seperti yang dinikmati oleh kebanyakan guru-guru semenanjung...

Aku rasa kos sara hidup di Semenanjung jauh lebih mahal bagi orang Sabah yang di 'posting di sana' berbanding jika mereka mengajar di Sabah sendiri... Adakah mereka mempunyai pilihan? Bila sudah diberikan surat lapor diri di Semenanjung, maka orang Sabah terpaksa juga pergi ke sana.. Terpaksa bersedia untuk mengharungi kepayahan hidup dinegeri orang. Sama seperti orang Semenanjung yang datang ke Sabah...saya percaya bila orang sana dapat tawaran ke Sabah pasti mereka akan kata...

"Aduh jauhnya...Sabah ba..ba.. tapi tak pe elaun banyak oooh.." 

Macamana kalau orang Sabah yang kena hantar ke Semenanjung Malaysia? Apa yang mereka akan kata?

"Harap-harap lepas setahun dua aku dihantar pulang ke Sabah, saya dengar kos hidup sana pun mahal, elaun yang kita dapat pun nda dapat menampung sewa rumah sana"..

Bila memikirkan semua ini tiada kekecewaan yang harus kita utarakan..Cuma apa yang kita harapkan ialah jika kerajaan ingin menghapuskan apa-apa elaun maka janganlah terlalu mendadak sangat... Cuba kalau anda (pegawai kementerian) di lupuskan wang gaji rm+++, bagaimana ya? Bohong kalau anda tidak merasai apa-apa kesulitan nanti terutama yang banyak membuat pinjaman perumahan, peribadi dan sebagainya...



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Ahad, 11 Julai 2010

GURU-GURU AKAN DIPOTONG ELAUN BAGI MENGURANGKAN KOS PERBELANJAAN KERAJAAN..??

Salam,

Ekonomi kerajaan Malaysia diwar-warkan semakin meningkat dan semakin baik.. Mungkin ini ada kebenarannya dengan melihat kepada banyaknya pembangunan yang sedang berlaku di sekeliling kita pada waktu ini.. Cuma terdapat juga sedikit persoalan yang mana terdapat banyak keadaan yang sepatutnya tidak berlaku jika negara kita benar-benar sedang maju dan membuat duit??

Sebagai contohnya mungkin semua tahu yang banyak bangunan kerajaan umpamanya sekolah-sekolah, rumah guru yang tidak dapat diselanggara dengan baik di serata negara. Adakah ini adalah satu kelemahan pengurusan pihak yang dipertanggungjawapkan oleh kerajaan terhadap pembaikan itu ataupun "KETIADAAN DUIT UNTUK MENYELANGGARA"? Pernah ditanya kepada pihak sekolah dan meminta untuk dibaiki kerosakan yang berlaku di bangunan sekolah tetapi jawapan yang diberikan adalah "kamu baiki sendiri, tiada peruntukan dari kerajaan" kata pengetua sekolah.. 
Kata-kata guru besar sekolah tersebut saya rasa ada kebenaran juga kerana banyak juga guru yang menyatakan perkara yang sama? Dan pasti mereka dari pentadbir sekolah tentunya tahu mengenai situasi sebenar yang berlaku di sekolah tersebut..

Satu lagi perkara yang menjadi perbualan hangat di kalangan guru yang berasal dari Semenanjung Malaysia yang mengajar di Sabah sekarang ialah arahan kepada mereka untuk kembali bertugas di Semenanjung pada bulan Ogos nanti. Pilihan yang diberikan ialah mereka boleh juga meneruskan kerjaya mereka di Sabah tetapi elaun perumahan Wilayah sebanyak rm870 tidak akan diberikan dan di gantikan dengan elaun perumahan biasa yang nilainya adalah mengikut gred..Tapi ini buat permulaan hanya melibatkan guru-guru di Sekolah Rendah..

Ini memang bagus untuk 1 Malaysia...sama rata di seluruh Malaysia tetapi pihak kementrian harus juga memikirkan kesan penarikan elaun itu terhadap guru yang berasal dari Semenanjung jika ditarik sekaligus.. Kesian guru-guru dari Semenanjung...dulu mewah..sekarang korang terpaksa cari jalan bagaimana untuk melunaskan bayaran kereta dan rumah serta hutang lain korang yang mahal-mahal itu jika penarikan itu akan dilaksanakan nanti..

Guru-guru semenanjung yang bertugas di Sabah memangnya "membuat duit" dengan sistem lama ini... Mana tidak kita bandingkan saja...guru-guru yang berasal dari Sabah..kereta mereka rata-rata 'kecil' saja..Paling besar D max. hehe... Kalau guru dari Semenanjung?? Ada yang mampu membeli kereta yang harganya ratusan ribu..huhu...macanana tu? Tentunya dari elaun itu dan ini.  -satu kelebihan mereka yang diberikan oleh kerajaan... Tapi bagaimana jika elaun itu dimansuhkan??? Habislah kereta tu...
Walaubagaimanapun saya bersetuju juga jika penarikan elaun yang double standard ini dihapuskan cuma perlulah dibuat kajian untuk menjadikan kawan-kawan guru semenanjung ini tidak terasa sangat kesannya.. Pegawai dari kementrian yang jauh lebih hebat berfikir pasti dapat ikhtiarkan sesuatu yang lebih baik..

Jadi kenapa terjadi semua penarikan elaun ini?? Adakah untuk "keadilan" atau "1 Malaysia" atau "Kekurangan sumber wang" jadi terpaksa cari jalan cepat untuk dapatkan wang segera.. Perlu diingat elaun ini boleh adalah satu jumlah yang besar pada setiap bulan...Juta..juta ooh..


Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share