Kali ini aku mahu coretkan satu berita yang boleh dikatakan hangat diperkatakan dikalangan guru-guru sekolah.. Kisah ini ialah mengenai situasi di mana ada di kalangan guru-guru yang memang hadir ke sekolah dan masuk ke kelas tetapi langsung tidak mengajar..
Kenapa tidak mengajar? Apa yang saya tahu ialah guru terbabit tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kelasnya.. Sekarang bukan murid sahaja yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas..guru juga.. Guru ini menurut cerita sibuk dengan bisnes MLM nya dan sedang dalam kelasnya, telefon bimbitnya sekejap-sekejap berbunyi kerana urusan bisnes..Maklumlah bisnesnya mencapai nilai pendapatan rm85 ribu sebulan??? Pangkat sudah Crown Ambassador.. tentulah sibuk memanjang di telefon oleh orang bawahan.. Kenapa tidak berhenti sahaja mengajar kalau begitu... Murid-murid juga yang rugi..
Bila telefon bimbit berbunyi maka budak-budak dalam kelas akan hilang tumpuan terhadap matapelajaran yang diajar. Sepatutnya pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawap dalam memantau perkembangan prestasi guru harus mengetahui kes seperti ini ataupun sudah tahu tapi tidak cukup kuat untuk mengambil tindakan terhadap guru terbabit...
Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan