Selasa, 26 Oktober 2010

BONUS SEBULAN 2011 TIDAK AKAN DIBERI... KERAJAAN TAK CUKUP WANG!!

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan bonus sebulan kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di Malaysia kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar iaitu kira-kira 3.1 billion ringgit.

Kerajaan tidak dapat memberikan bonus yang sedemikian banyak dan oleh itu pemberian rm500 seorang katanya adalah wajar. Najib berkata demikian walaupun ada banyak pihak yang melobi agar bonus 1 bulan diberikan pada tahun 2011.

"Saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan. Bonus satu bulan yang bernilai 3.1 billion kalau boleh saya memang mahu berikan tetapi saya tidak boleh belanja lebih dari pendapatan negara" katanya.

"Sebab itu saya berikan bonus khas rm500 seorang khas kepada semua penjawat awam" katanya dalam Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada sabtu lalu.

Pun begitu masih banyak pihak yang mengharapkan ada kejutan pada tahun hadapan seperti yang berlaku pada sebelum perayaan hari raya baru-baru ini di mana kakitangan awam mendapat bonus khas rm500 setiap seorang.

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Tiada ulasan: