Khamis, 28 Oktober 2010

Perkeso bayar pampasan RM1.2 bilion setahun kepada pekerja


27th October, 2010
 
KOTA BAHARU: Tahap kesedaran di kalangan majikan terhadap keselamatan pekerja di negara ini masih rendah menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM1.2 bilion kepada pekerja terbabit di seluruh negara setiap tahun.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir Dr Johari Basri berkata sehubungan itu jabatannya kini meningkatkan pemeriksaan keselamatan ke atas jabatan-jabatan dan swasta melalui kempen ke seluruh negara.

“Jumlah pampasan yang dibayar oleh kerajaan itu tidak termasuk kerugian tidak langsung yang dialami majikan terbabit serta pekerja dari segi jangka panjang.

“Hampir 60,000 kemalangan dilaporkan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) termasuk 1,000 kematian setiap tahun dan kerajaan terpaksa membayar pampasan kira-kira RM1.2 bilion,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Pemanduan Berhemah di Sektor Pengangkutan Jalan Peringkat Zon Timur 2010 di Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa, dekat sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan, Ir Zulkafli Zainuddin. Dr Johari berkata, kebayakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja ialah kerana kelemahan sistem pengurusan di jabatan atau agensi terbabit yang tidak mengambil berat dalam aspek keselamatan pekerja.

“Ini menjadi faktor penyumbang menyebabkan kemalangan kerap berlaku di tempat kerja, justeru itu kerajaan menerusi JKKP mengadakan seminar tata amalan di tempat kerja bagi menyedarkan majikan mengadakan latihan yang mencukupi kepada juruteknik dalam menyelenggarakan organisasi masing-masing,” katanya.

Mengikut pengamatan jabatan, katanya, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja ini bukan sahaja akan dapat menjamin keharmonian di tempat kerja malah dapat meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi apabila kemalangan dapat dielakkan.

“Berdasarkan laporan Perkeso, sebanyak 3,690 kes kemalangan di tempat kerja melibatkan syarikat-syarikat di sektor pengangkutan pada 2009. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding 2008, yang melibatkan 127 kes kemalangan maut,” katanya.

Menurut beliau, bagi memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, jabatannya mengaudit syarikat-syarikat dan pengusaha kenderaan perdagangan, kenderaan barangan dan pelancongan di seluruh negara. Katanya, pada 2008 dan 2009 sahaja, sebanyak 492 tempat kerja telah dijalankan audit dan daripada jumlah itu 33.5 peratus atau 65 sahaja mendapat Gred audit A, B atau C dan selebihnya 66.5 peratus mendapat Gred D dan E.

“Sepanjang dua tahun audit ini dijalankan sebanyak 156 notis larangan dan pembaikan telah dikeluarkan di atas ketidakpatuhan yang dikenal pasti semasa audit dijalankan,” katanya.-Bernama


-Sabahtimes-


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 26 Oktober 2010

BONUS SEBULAN 2011 TIDAK AKAN DIBERI... KERAJAAN TAK CUKUP WANG!!

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini dalam pembentangan Bajet 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kerajaan tidak dapat memberikan bonus sebulan kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam di Malaysia kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar iaitu kira-kira 3.1 billion ringgit.

Kerajaan tidak dapat memberikan bonus yang sedemikian banyak dan oleh itu pemberian rm500 seorang katanya adalah wajar. Najib berkata demikian walaupun ada banyak pihak yang melobi agar bonus 1 bulan diberikan pada tahun 2011.

"Saya nak kongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan. Bonus satu bulan yang bernilai 3.1 billion kalau boleh saya memang mahu berikan tetapi saya tidak boleh belanja lebih dari pendapatan negara" katanya.

"Sebab itu saya berikan bonus khas rm500 seorang khas kepada semua penjawat awam" katanya dalam Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil pada sabtu lalu.

Pun begitu masih banyak pihak yang mengharapkan ada kejutan pada tahun hadapan seperti yang berlaku pada sebelum perayaan hari raya baru-baru ini di mana kakitangan awam mendapat bonus khas rm500 setiap seorang.

Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share