Saya tertarik dengan petikan akhbar yang menyatakan tanggungjawap majikan terhadap keselamatan pekerjanya..memang tidak dinafikan yang ada segelintir majikan yang masih mengabaikan keselamatan pekerjanya dan hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata. Pemantauan oleh NIOSH harus dilakukan dengan sokongan kerajaan agar penguatkuasaan undang-undang yang dibuat lebih berkesan...
22nd June, 2010
LABUAN: Pihak majikan harus mengutamakan aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja dengan mewujudkan tempat kerja dan persekitaran yang selamat, sihat serta bebas daripada sebarang gejala penyakit.
Demikian disarankan oleh Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Tye ketika berucap merasmikan Seminar Amalan Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja yang cemerlang (OSH Best Practice Seminar) anjuran NOISH yang diadakan di Hotel Tiara, dekat sini, pagi kelmarin.
Katanya, dengan komitmen serta kesungguhan yang tinggi pihak majikan sama ada syarikat swasta mahupun sektor awam akan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja sekaligus memastikan matlamat negara untuk mencapai sifar kemalangan di tempat kerja dapat dicapai.
‘Pada hakikatnya kemalangan boleh dicapai jika sesuatu sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan dapat diwujudkan dan dilaksanakan oleh syarikat berkenaan yang melibatkan semua organisasi dengan mengambil kira konsep Hazard Indification, Risc Assessment dan Risk Control (HIRARC) yang juga merupakan salah satu topik dalam seminar yang dianjurkan kelmarin,” katanya.
Pada sidang medianya kemudian, Lee berkata sejak penubuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994, bilangan kemalangan ditempat kerja telah menurun daripada 10 kemalangan untuk setiap 1,000 pekerja pada tahun 2002, kepada tahap 6.5 kemalangan untuk 1,000 pekerja pada tahun 2008.
Sementara itu katanya, mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Perkeso jumlah kemalangan yang dilaporkan pada tahun 2000 ialah sebanyak 95,000 kes dan telah menurun sebanyak 54,134 kes pada tahun 2008.
Sehubungan dengan itu katanya, NOISH sebagai sebuah organisasi yang menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan pekerja akan terus memainkan peranan dengan menyediakan pelbagai program dan seminar supaya setiap pengurus, pegawai dan kakitangan syarikat samada sektor awam dan swasta memiliki kepakaran dan pengetahuan yang tinggi serta kesedaran tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Sementara seminar selama dua hari yang bermula kelmarin itu disertai seramai 60 peserta yang membabitkan pengurus, pegawai dan kakitangan dari beberapa syarikat swasta dan awam di pulau ini.
Dalam pada itu, NIOSH juga akan menganjurkan seminar yang bertajuk OSH: Securing The Future selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 1-3 Ogos depan.
Hadir sama, Azhar Ahmad, Pengurus Pejabat Wilayah NIOSH Sabah dan Labuan, Khairunizam Mustapha, Pengurus, Bahagian Paspot Keselamatan NOISH.
sumber:
sabah times
Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..