Rabu, 29 Disember 2010

Datuk Ronald Kiandi mahu elaun perumahan guru diselaraskan

Ketidak selarasan elaun perumahan di antara guru-guru dari Sabah dan Semenanjung memang akhir-akhir ini sering menjadi perdebatan di antara banyak pihak. Jika kita melihat secara mendalam perkara ini, memang ada jurang ketara dalam pemberian elaun tersebut dan sepatutnya diselaraskan. MP Beluran Datuk Ronald Kiandi menyatakan perkara ini semasa lawatannya ke sebuah sekolah di sini..




Katanya Guru di Sabah hanya mendapat elaun perumahan antara rm250-rm350 sedangkan guru dari semenanjung diberikan rm730-rm830. Jelas di sini perbezaan yang sangat ketara dan ianya perlu diselaraskan. Saya pernah menulis mengenai ketidakselarasan pemberian elaun dikalangan kakitangan awam kerajaan terutama guru..


Oleh itu kajian semula mengenai status elaun terutama EPW dan EHS mesti dilakukan selaras dengan konsep 1 Malaysia yang semua orang sekarang mengagung-agungkannya..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 21 Disember 2010

KERJAYA GURU TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA..

Kerjaya guru bukan semudah yang kita lihat.. walaupun pada hakikatnya suasan pengajaran itu sendiri berbeza-beza mengikut tempat dan sekolah. Persoalan dasar yang paling sukar adalah bagaimana untuk membuatkan pelajar-pelajar memahami pengajaran yang disampaikan. Jika pelajar dapat memahami apa yang diajar di sekolah maka ianya adalah satu kejayaan terbesar setiap guru yang menyampaikan sesuatu pengajaran di sekolah.
Adakala persoalan di atas masih menjadi persoalan utama yang belum mencapai matlamat yang sewajarnya, timbul lagi berbagai-bagai masalah lain atau kesukaran lain dalam merealisasikan matlamat tersebut. Satu contoh utama ialah masalah keadaan sekolah itu sendiri yang mana keadaannya amat menyedihkan. Silingnya sudah bocor, bumbungnya macam menunggu untuk runtuh dan sebagainya..




Bagaimana untuk memberikan khidmat terbaik dalam keadaan sebegini.? Inilah suasana di SK Kaingaran Sabah. Cabaran sebeginilah yang menjadikan kerjaya guru itu sesuatu kerjaya yang mencabar. Ada ketika perjalanan ke sekolah terpaksa menggunakan bot yang mana sekolah tersebut tidak mempunyai perhubungan jalan raya umpamanya di SK Gusi, Sabah.


Dengan kemajuan yang dikecapi sekarang membimbing murid-murid sekolah memang susah terutama pelajar di bandar. Terdapat juga kes dimana guru di pukul oleh murid sekolah. Jadi kerjaya guru ini memang mencabar tidak kira di luar bandar atau di bandar. Masing-masing dengan cabaran tersendiri tak kira cabaran dalam memberikan pengajaran kepada murid tetapi juga cabaran kemudahan juga.

Semua pihak mesti prihatin terhadap semua masalah ini agar kemajuan dalam pendidikan anak bangsa di masa akan datang dapat dicapai..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 16 November 2010

Musim cuti sekolah sudah tiba...Apa cikgu-cikgu dan ibubapa akan buat?

Musim cuti persekolahan yang panjang tiba lagi. Seperti kebiasaannya apabila cuti seperti ini tiba maka pelbagai rancangan akan terlintas di kepala terutama di kalangan para pendidik di negara kita.

Selalunya rancangan yang paling biasa ialah membawa anak-anak atau ahli keluarga melawat tempat-tempat menarik di negara kita. Dengan begitu banyak tempat yang boleh dikunjungi maka sudah pasti anak-anak akan bergembira apabila di bawa melawat ke tempat-tempat perlancongan tersebut. Sudah menjadi kebiasaan yang anak-anak akan bercerita dengan kawan-kawan di mana mereka pergi semasa musim cuti terutama yang masih belajar di sekolah rendah. Mereka dengan penuh kebanggaan menceritakan di mana mereka pergi semasa cuti semester akhir.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan musim cuti sekolah seperti ini untuk menguruskan perniagaan mereka dengan membuat usaha memajukan lagi apa yang telah dicapai. Tanah yang belum siap diusahakan akan diusahakan dan di tanam dengan tanaman yang boleh mendatangkan hasil seperti kelapa sawit dan getah serta buah-buahan. Jika pada hari biasa, mereka sukar melakukanya terutamanya dalam melakukan pemeriksaan kerja di kebun milik mereka.

Bagi yang bujang-bujang tak kira si gadis atau si teruna, ada yang mengambil kesempatan ini untuk melangsungkan perkhawinan. kita memang tahu yang urusan perkhawinanan memang sesuatu yang rumit dengan banyak urusan yang perlu diselesaikan dan banyak masa yang diperlukan. Kesempatan seperti inilah yang boleh menyelesaikan perkara seperti ini.
Akhirnya musim cuti sekolah memang banyak membantu terutama kepada golongan guru-guru dalam menyelesaikan masalah-masalah mereka untuk menjayakan lagi taraf ekonomi mereka. Cuti sekolah memang satu rahmat kepada kebanyakan golongan pekerja.


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share