Rabu, 29 Jun 2011

RAKYAT TERBEBAN DENGAN KENAIKAN BIL ASTRO..

Rakyat terbeban dengan kenaikan bil astro? 
Baru-baru ini awal tahun kebanyakan pakej siaran astro telah dinaikan sebanyak rm5 ke atas. Astro dalm responnya menyatakan bahawa kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana kenaikan dalam membeli siaran yang telah meningkat.

Perbahasan mengenai perkara ini memang hangat sampai dewan rakyat juga baru-baru ini heboh dalam memperdebatkan hal ini. Baru setengah tahun sudah menaikkan lagi charge mereka. Untung tahunan mencecah 800 juta tapi langsung tiada kompromi dalam menangani masalah kenaikan pembelian siaran. Astro tidak menjumpai jalan lain dalam menangani kenaikan kos tersebut selain memaksa pelanggannya membayar segala kos tersebut.

Persoalannya di sini kenapa Astro mudah menaikan harga pakejnya? siaran selalu diganggu oleh hujan. Siaran pun selalu berulang-ulang.. kadang-kadang satu tayangan di ulang 2,3 kali seminggu. Langsung tiada kualiti. Satu sahaja jawapannya. Ini kerana astro kurang saingan atau langsung tiada sainagn dalam menguasai siaran di Malaysia. Astro memang hebat kerana mereka aktif dalam memberi sumbangan "amal" yang menjana kemajuan dan anama negara. Itulah sebabnya mereka diberikan layanan anak emas oleh kementerian penerangan.

Nak beralih kepada siaran lain, tidak terdapat di Malaysia. Kalau nak yang RTM1,2 dan tv 3 bolehlah tapi kalau tu saja bosan juga. oleh kerana tiada pilihan maka astro juga yang terpaksa diambil.

Perkara ini memang menjejaskan kebanyakan pekerja di Malaysia yang rata-rata nya masih menerima gaji yang sangat sedikit.. Sebagai perbandingan tukang sapu di Brunei dan Singapura gaji mereka mencecah rm2500. kalau di Malaysia mungkin rm500+ sahaja. Janganlah membandingkan pendapatan dengan Indonesia kerana sana dari segi kemajuan memang jauh tertinggal dengan Malaysia.

Jadi kenaikan harga pakej astro ini memang membebankan membebankan takyat Malaysia secara amnya.


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 26 April 2011

25 hb. setiap bulan adalah gaji kakitangan awam

Tarikh 25 hb setiap bulan adalah tarikh gaji bagi kakitangan awam di seluruh negara. Pada tarikh ini bank-bank akan dipenuhi dengan kakitangan awam di mana kebanyakannya akan mengambil cuti untuk menguruskan bayaran-bayaran mereka pada tarikh ini.

Apa yang menarik di sini ialah ada yang menunggu dari awal pagi untuk menunggu bank di buka untuk urusniaga. Misalannya sesetengah kakitangan awam akan mengambil cuti pada hari ini. 

CIMB vs BSN? 

Kenapa saya mahu sebutkan hal ini? Rungutan sering kedengaran bagi kakitangan yang menggunakan BSN sebagai akaun untuk gaji mereka dimasukkan. Selalunya gaji yang dimasukkan ke BSN akan lambat di proses dan tidak akan dapat pada masa yang sama dengan CIMB walaupun sekarang keadaan ini telah bertambah baik berbanding dulu.

Masalah yang satu lagi ialah kaunter BSN sering kecil berbanding dengan bank lain atau CIMB. Biasanya hanya 2 atau 3 kerani akaun yang bertugas di pekan-pekan atau bandar-bandar kecil walaupun mereka tahu yang pelanggan yang datang berpusu-pusu. Bukan alang-alang berbaris panjang untuk melakukan urusan bank. Biasanya CIMB lebih baik dalam hal ini..

Ada kes di mana seseorang itu akan stuck di bank sehari suntuk hanya untuk sedikit urusan??

Apapun keadaannya, anda berhak memilih di mana anda mahu gaji anda itu dimasukkan. Mungkin anda selesa di BSN. Terpulanglah kepada anda kerana anda juga yang akan membuat urusan setiap bulan.





Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Jumaat, 4 Mac 2011

Guru sandaran Tak Terlatih boleh kembali mengajar semula...

13,000 GSTT diambil semula

KINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan berita gembira itu berkata, kerajaan telah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan bersetuju untuk menarik semula tindakan memberhentikan tugas kumpulan pengajar tersebut dan berusaha menempatkan mereka di kawasan yang memerlukan.
Bagaimanapun katanya, kumpulan GSTT tersebut harus bersedia ditempatkan di mana-mana kawasan yang diperlukan mereka bertugas di seluruh negara.
“Mereka inginkan jawatan ini, maka mereka juga harus bersedia untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod dekat sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin.
Sebelum ini kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung semula perkhidmatan GSTT yang ditamatkan pada akhir tahun lalu dengan tiada sebarang pelantikan baru bagi tahun ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, individu yang pernah memegang jawatan GSTT sebelum ini, terutama yang berkhidmat selama dua atau tiga tahun akan diberi peluang untuk terus berkhidmat.
“Kumpulan tersebut mempunyai pengalaman mengajar dan khidmat mereka diperlukan untuk mendidik anak bangsa,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kumpulan GSTT yang diberhentikan itu juga akan diberi peluang menjadi guru terlatih dengan menyertai pelbagai kursus meningkatkan kemahiran yang disediakan kerajaan seperti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti.
Beliau berkata, penambahan kursus-kursus tersebut bertujuan meningkatkan kemahiran mereka dalam mata pelajaran pilihan seperti Bahasa Inggeris dan Matematik.
Ditanya bilakah kumpulan tersebut akan berkhidmat semula, Muhyiddin berkata, arahan mengambil semula kumpulan GSTT itu telah dikeluarkan kepada pihak terbabit sejak dua bulan lalu.
“Ia kini dalam proses pengurusan logistik dan penempatan semula kumpulan GSTT tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengambilan GSTT kali ini akan dilakukan dengan lebih teliti dengan memberi keutamaan kepada mereka yang pernah berkhidmat.
Justeru, beliau meminta semua Pengarah Pelajaran Negeri dalam pemilihan nanti supaya memberi perhatian kepada individu yang telah berkhidmat sebagai GSTT sebelum ini dan hanya mengambil mereka yang benar-benar layak.


~Utusan Malaysia


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share