Khamis, 18 Ogos 2011

Kementerian Pelajaran tidak menunaikan janji. Hanya 300 dari 13,000 GSTT diambil semula untuk bertugas

Salam..
Ingat tak dalam kenyataan akhbar pada 3 Mac dulu di mana Kementerian pendidikan mengumumkan akan mengambil semula 13,000 Guru Sandaran Tak Terlatih untuk kembali bertugas dan seterusnya diserap ke kursus iaitu KDC.

"KINABATANGAN 3 Mac – Nasib hampir 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang ditamatkan tugas baru-baru ini bakal terbela apabila kerajaan bersetuju mengambil semula mereka untuk berkhidmat. "

Hakikatnya kenyataan ini hanya omongan kosong pada masa ini kerana hanya beberapa % sahaja yang kembali bertugas. Daripada 13,000 GSTT yang ada hanya 300 orang sahaja yang berjaya kembali bertugas. Dengar khabarnya tuan pengarah pendidikan negeri sedang pening kepala dalam menunaikan janji yang dibuat oleh TPM itu kerana masalah penempatan yang tidak mencukupi.

Semua tempat kosong telahpun di isi dan kalau adapun tidak dapat diisi kerana bidang yang memerlukan kemahiran umpamanya agama. Daripada 300 orang itu hanya 130 orang sahaja yang akan di ambil untuk mengikuti kursus dalam cuti (KDC). Ini tentu mengecewakan ramai pihak termasuk rakyat semua.

Diharapkan pihak kementerian mencari jalan dalam mencari penyelesaian mengenai hal ini dan tidak membuat janji sewenang-wenangnya jika tak dapat memenuhi perkara tersebut..


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Isnin, 15 Ogos 2011

Bonus Raya sudah masuk untuk 2011

Para kakitangan perkhidmatan awam dan pesara kerajaan hari ini 15 hb Ogos tersenyum lebar dengan kemasukan bonus yang telah diumumkan oleh DS Najib pada 8 Ogos lalu. Pemberian bonus ini tentunya akan meringankan sedikit beban yang akan ditanggung oleh semua kakitangan dan pesara kerajaan dalam menyediakan persiapan menghadapi perayaan hari raya.

Wang bonus setengah bulan atau minima rm500 itu boleh diambil dari bank masing-masing pada hari ini. Jadi apa tunggu lagi..


Terimakasih kepada kerajaan.



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 9 Ogos 2011

BONUS RAYA PENJAWAT DAN PESARA AWAM 2011

Musim bonus tiba lagi. Semua kakitangan kerajaan atau penjawat awam termasuk pesara tentunya gembira dengan pengumuman DS Najib yang juga menteri kewangan semalam.

Dalam pengumumannya semalam semua penjawat awam akan mendapat setengah bulan gaji atau minima rm500 yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos ini. Pesara pula akan menerima bonus khas rm500 dan akan dibayar pada masa yang sama.

Pemberian bonus ini pastinya akan sedikit sebanyak mengurangkan beban kakitangan kerajaan dalam membeli barang persiapan hari raya yang akan berlangsung tidak lama lagi terutama yang beragama Islam.

Tahniah kepada kerajaan yang telah memberikan bonus ini daripada langsung tak dapat apa-apa.






Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share