Isnin, 20 September 2010

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MEMBERI ELAUN HIDUP SUSAH KEPADA GURU SECARA MEMBABI BUTA DAN TIDAK MENGKAJINYA SEMULA...

Perkhidmatan seorang guru memang patut diberikan ganjaran dengan mengambil kira kepayahan mereka dalam menjalankan tugas seharian mereka terutama di kawasan yang susah perhubungannya dan luar bandar. Kerajaan telah memberikan satu skim yang memang telah memberikan ganjaran ke atas perkhidmatan itu dengan mengambil kira semua kepayahan yang dialami oleh guru terbabit.

Masalahnya ialah pihak kerajaan telah memberikan elaun hidup susah tersebut dengan membabi buta dan kadang-kadang langsung tidak logik dengan nilai yang ada sekarang. Elaun hidup susah ini bernilai rm800, rm1000, rm1500. 

Ada sekolah yang hanya 20 minit dari jalan aspalt diberikan elaun hidup susah (EHS) rm1500.?? Logikkah... atau nilai EHS itu berdasarkan kedudukan sekolah itu suatu masa dahulu? Sudah sememangnya kalau dikirakan kedudukan sekolah ini 4 atau 5 tahun lepas memang agak wajar juga diberikan elaun sebegitu tetapi pada masa sekarang aku rasa jumlah itu kurang sesuai. Kalau begitu sampai bila elaun itu diberikan? Tunggu 10 tahun lagikah? Atau tunggu di 'review' balik EHS di sekolah-sekolah.

Jika EHS maksimum ini diberikan kepada guru-guru misalnya di SK Kaingaran yang begitu teruk keadaan sekolahnya dan perlu jalankaki untuk sampai ke sekolah mungkin wajarlah tetapi tidak di sini.

Maaf tapi kebanyakan guru-guru yang mengajar di sekolah ini (sekolah rendah) lebih berminat kepada elaun yang ditawarkan. Siapa tidak mahu kalau untuk ke sekolah amat mudah dan disertai dengan elaun pembayar ccm kereta D max atau Vigo?

Oleh itu pemberian EHS itu wajar dikaji balik agar yang benar-benar layak sahaja yang mendapatnya dan mesej yang disampaikan melaluinya jelas kepada guru-guru semua..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Khamis, 2 September 2010

Kerjasama Kilang dan Ladang dalam industri Kelapa sawit...join sounding antara Ladang dan Kilang

Salah satu kerja yang sudah menjadi rutin bila anda berkerja di ladang kelapa sawit ialah join sounding di antara pihak ladang dan pihak kilang. Setiap 1 haribulan pada setiap bulan kerja ini akan dilakukan dan pihak ladang akan menghantar seorang wakil untuk mengesahkan maklumat.

Inilah tangga yang paling aku tidak gemari. Tingginya cuma 44 anak tangga yang sedikit berputar tetapi jika anda memanjatnya di awal pagi maka teruji juga stamina anda yang belum panas.


 Pemeriksaan tinggi minyak yang terdapat di dalam tangki simpanan

 Pejabat ladang - photo dari atas tangki simpanan minyak CPO

Nasib baiklah cuaca agak redup pada hari ini iaitu 1 September 2010 jadi keringat pun tidak turun. Selalunya jika dalam hari-hari biasa kepanasan yang membahang dari atas iaitu matahari dan dari bawah iaitu dari plat besi atas tangki simpanan.

 Berputar-putar pandangan aku melihat tangga yang tinggi ke bawah.

Bacaan mestilah diambil dengan berhati-hati kerana julat data yang diambil hanya melibatkan ukuran mm.

Selepas ukuran diambil kiraan simpanan minyak yang ada dilakukan dengan mengunakan formula kiraan tertentu yang mana akhirnya jumlah minyak yang masih ada dapat diketahui.

Kita sebagai pegawai ladang kelapa sawit tentu tertanya-tanya berapa jumlah simpanan minyak kerana dari sin kadar perahan minyak OER juga diperolehi dan ini sebenarnya melambangkan kualiti buah kelapa sawit yang kita hantar ke kilang..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share

Selasa, 31 Ogos 2010

Kakitangan perkhidmatan awam dapat bonus raya rm500 sebelum satu syawal

Kerajaan baru-baru ini setuju memberikan bonus raya rm500 kepada semua kakitangan awam sehingga gred 54 termasuk pesara semalam. Kenyataan ini diumumlan oleh PM Malaysia semalam. Beliau berharap agar rm500 ini boleh sedikit sebanyak membantu penjawat awam dan pesara dalam menyediakan persiapan menyambut hari raya aidil fitri tahun ini.

Nilai rm500 itu bagaimanapun hanya separuh daripada nilai yang diperolehi pada tahun lepas di mana kakitangan awam mendapat bonus sebanyak rm1000 seorang. Bonus itu akan dimasukkan ke dalam akaun gaji kakitangan awam pada 1 september. Pembayaran melalui waran akan di buat lebih awal.

Jika diambil kira nilai bonus yang diberikan ini iaitu hanya rm500 untuk seorang ianya tidaklah begitu banyak tetapi wang ini memang boleh membantu dalam membuat persiapan sambutan hari raya. Dengan harga barang yang semakin naik sekarang di pasaran wang ini memang dapat membantu meringankan beban yang dihadapai oleh semua penerima wang bonus ini.

Rakyat menerima baik pemberian bonus itu dan berharap sesuatu yang lebih baik akan diumumkan oleh PM semasa pembentangan bajet pada  oktober ini.



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share