Sabtu, 14 Ogos 2010

Duit oh duit... Pekerja Bank mendapat Durian Runtuh....

Kuala Lumpur:
Mendapat durian runtuh di kala perayaan hari raya puasa tidak lama memang satu yang dinanti-nantikan oleh setiap orang. Hasil rundingan bersama di antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan Persatuan bank-Bank Perdagangan Malaysia (MCBA), maka lebih 40,000 pekerja bank akan menerima 'durian runtuh' di antara Rm 3,700 hingga Rm 12,000  sebagai bayaran tunggakan. Pembayaran itu akan dilakukan sebelum hari raya aidilfitri dan akan dilangsaikan dalam masa 60 hari bermula kelmarin iaitu di mana perjanjian itu ditandatangani. Bayaran yang tidak dijelaskan sebelum hari raya aidil fitri akan dibayar sebelum tempoh 60 hari berakhir.

Di samping itu juga pekerja bank akan memperolehi beberapa manfaat lain iaitu:

#1 Cuti bersalin 90 hari
#2 Elaun sara hidup
#3 Peningkatan masa pencen dari 55 tahun kepada 57 tahun
#4 Faedah perubatan rm25,000 setahun yang juga dilanjutkan selama 3 tahun selepas bersara
#5 Kenaikan gaji secara menyeluruh sebanyak 9%
#6 Kenaikan gaji tahunan sebanyak 21% 
#7 Elaun makan dinaikkan sebanyak 20%

Jika dikira dengan faedah baru yang diperolehi oleh pekerja bank ini maka mereka menjadi satu badan yang paling mendapat kenaikan mendadak hasil kerja keras oleh gabungan pekerja-pekerja bank di Malaysia. Hasil daripada perundingan demi perundingan akhirnya telah memberikan begitu banyak manfaat kepada pekerja bank ini.

Diharapkan dengan kenaikan yang tinggi ini, maka produktiviti dan kualiti kerja semua staff di bank akan turut meningkat dan bukan seperti sebelum ini yang adakalanya agak "muram" sedikit dan tidak mesra pelanggan..


Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Selasa, 10 Ogos 2010

Puasa di bulan Ramadan sesuatu yang amat mencabar bagi pekerja ladang kelapa sawit??

Salam berpuasa semua kepada semua umat islam. Hari ini 11 Ogos merupakan hari permulaan berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia. Dalam menjalani ibadah puasa tidak semua orang dapat menjalaninya dalam keadaan yang tidak mencabar...

Bagi yang berkerja di pejabat misalnya seperti kerja-kerja pengkeranian, kemungkinan ibadat puasa ini tidak berapa mencabar tetapi jika dibandingkan dengan sesetengah tempat umpamanya yang berkerja di ladang-ladang kelapa sawit, berpuasa adalah sesuatu yang sedikit mencabar walaupun mungkin bukan yang paling mencabar..

Jika kita berkerja di pejabat, maka peluh pun susah untuk keluar apatah lagi kerja dalam bilik berhawa dingin. Kita tidak terlalu merasa beban kelesuan badan semasa berpuasa. Jika anda berkerja di ladang-ladang kelapa sawit maka keadaan memang teruk. Rata-rata pekerja Indonesia yang berkerja sebagai penuai dan pemunggah buah kelapa sawit tidak akan tahan berpuasa kerana keadaan kerja mereka yang amat memenatkan ini. Semasa berkerja peluh sentiasa mengalir deras dan ini amat meletihkan mereka dan sudah pasti akan mengakibatkan kesukaran dalam berpuasa..

Mungkin ada di kalangan pembaca yang mengatakan kenapa tidak berhenti dari kerja sebegitu sementara bulan puasa berlalu? Masalahnya bila kerja dengan syarikat swasta maka tidak semudah berbuat demikian kerana tugas-tugas dalam pekerjaan telah ditetapkan.. lagipun kalau mereka tidak berkerja keras, siapa yang hendak memberi mereka makan? Mereka memang datang ke Malaysia untuk mencari pendapatan dan untuk kehidupan.

Jika anda bekerja sebagai pegawai ladang maka kesukarannya ialah anda terpaksa menahan lapar dan dahaga dengan kebanyakan orang disekeliling anda tidak berpuasa. Bukan mudah berpuasa kalau orang di sekeliling anda tiada batasan untuk makan. kita berpuasa tetapi orang di sekeliling kita makan kerana keadaan mendesak mereka.... huhu memang susah..



Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Ahad, 18 Julai 2010

KENAPA SUSAH MENDAPAT KERJA DI MALAYSIA???..

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun di rantau Asia Tenggara. Bila sesebuah negara itu sedang dalam proses ke arah sebuah negara yang lebih maju maka mustahil negara itu mengalami kesukaran dalam membekalkan peluang pekerjaan terhadap rakyatnya..Yala bila sedang membangun maka sana-sini akan perlukan orang untuk berkerja.. lainlah kalau negara maju macam USA mungkin di sana kita akan mengalami masalah untuk mendapatkan kerja..

Kenapa anda susah untuk mendapat kerja di Malaysia? Adakah peluang itu memang tidak ada atau anda sahaja yang tidak merebut peluang untuk mendapatkan pekerjaan itu? Pada pendapat saya peluang pekerjaan di Malaysia masih terbuka luas dengan banyak sektor baru yang sedang dibangunkan... Kalaulah kekurangan peluang pekerjaan berlaku di Malaysia kenapa kita memerlukan lebih 3 juta pekerja asing di semua sektor pekerjaan di negara kita?

Ada beberapa kemungkinan kenapa kita sukar untuk mendapatkan pekerjaan di malaysia...

1)... Kita tidak ada kelulusan akademik..

Jika anda ingin berkerja di mana-mana sektor pun semuanya memerlukan kelulusan akademik.. bagus atau tidaknya kerja yang anda dapat banyak bergantung kepada setakat mana tahap kelulusan anda. Jika waktu muda-muda dulu anda tidak mendengar nasihat orang tua dan cikgu dan belajar hanya main-main, lepas tu lulus setakat SPM saja...janganlah anda berharap akan menjadi pegawai tinggi di mana-mana bidang..
2)... Kelulusan ada tetapi tersalah pilih bidang..

Kebanyakan universiti sekarang samada awam atau swasta hanya mementingkan jumlah pelajar yang akan masuk mengikuti kursus dalam universiti atau kolej mereka.. Jarang sekali kita mendengar yang mereka ada membincangkan tentang hala tuju anda selepas tamat belajar di situ.. Jangan sekali-sekali anda pilih bidang yang peluang pekerjaannya amat kurang di negara ini.. kalau pihak IPT tu paling-paling mereka akan kata "kau carilah kerja sendiri, bukan aku punya pasal".. Jadi sewaktu anda mula memohon masuk ke IPT tempatan atau luar negara maka anda harus fikirkan apa akan berlaku pada anda selepas tamat pengajian nanti.. Di mana anda akan boleh mencari kerja..

3)... Anda ada kelulusan tapi memilih kerja..

Orang yang sebegini tidaklah ramai tetapi saya percaya akan kewujudan golongan ini.. Anda semua janganlah terlalu memilih kerja... Buat permulaan jika ada kerja yang melintas di depan anda maka anda harus mengambilnya dulu.. Di sinilah anda boleh buat platform untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan lebih sesuai dengan anda nanti..

4)... Terdapat persaingan dari tenaga buruh asing..

Ini masalah dari syarikat.. Ada syarikat swasta yang lebih suka menggaji pekerja asing kerana upahnya lebih murah dan syarikat mereka tidak seberapa terikat dengan undang-undang buruh Malaysia.. Jika mengambil buruh tempatan maka banyak undang-undang yang perlu dipatuhi malahan kos pembayaran di luar juga akan meningkat..

5)... Tempat anda bukan pusat pembangunan..

Kemungkinan terdapat kes di mana anda tinggal jauh dari pusat pembangunan yang sedang dilaksanakan maka ini tentu memerlukan sedikit pengorbanan jika anda ingin berkerja di tempat lain.. tapi asalkan mendapat pekerjaan maka anda harus mengambil peluang itu..


Selain daripada itu penyebab lain yang menyukarkan mendapat pekerjaan di Malaysia ialah faktor-faktor sampingan yang boleh diketepikan jika anda betul-betul berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan.. jangan berfikiran negatif dan sentiasa berfikir maju ke depan agar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara..




Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share