Jumaat, 21 Mei 2010

Menanam jagung juga boleh menguntungkan

Petang tadi sewaktu hampir keluar dari pejabat untuk pulang rumah saya tertarik dengan suasana yang berlaku di luar pejabat...riuh rendah.. Saya pun datang untuk melihat-lihat.. Rupa-rupanya staf-staf perempuan sedang memilih-milih buah jagung yang di jual oleh seorang tempatan..

Banyak buah jagung yang dia bawa iaitu sekitar 750 biji dan dijual pada harga 50 sen sebiji. harga yang beliau tawarkan berbaloi kerana jagung yang di bawanya memang berkualiti..besar dan panjang.

 pokok jagung - gambar hiasan

  buah jagung - gambar hiasan

Yang menarik perhatian saya ialah kisah mereka menanam jagung tersebut dan bagaimana hasil jualannya.

Saya sempat berbual dengannya mengenai perkara ini. Katanya keluarganya mengusahakan ladang jagung seluas 10 ekar di kawasan tepi sungai Labuk dekat Jambatan Nangoh. jagung itu ditanam berperingkat-peringkat dan mereka telah mula memetik hasilnya sejak januari 2010 sampai sekarang yang mana telah sampai ke penghujungnya. Sekali beliau menjual pendapatanya boleh mencapai rm500. Agak lumayan jugalah...
Beliau menambah yang keluarganya sedang dalam proses untuk menanam tambahan 15 ekar lagi yanaman jagung.. Biarpun cuma bertani di kampung sahaja pendapatannya yang lumayan ini membuatkan saya kagum dengan petani ini..

Penuaian sepanjang masa membuatkan tempat mereka terkenal dengan jagung di kawasan kampung sekitar..

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Rabu, 19 Mei 2010

kerja sebagai juru ukur tanah

Kerja dengan GPS team merupakan satu cabaran yang besar.. Ini kerana selain ia kerja yang memenatkan, kerja juga memerlukan ketelitian. Sebarang perbezaan yang besar akan menyebabkan pertelingkahan antara 2 pemilik tanah..




Perkara pertama yang dilakukan ialah mencari batu sempadan asal yang lama dan tidak terubah oleh pembangunan dan sebagainya. Batu sempadan ini akan dijadikan sebagai dasar dalam pencarian batu-batu yang lain yang telah dipasang.



Kerja pencarian batu sedang dijalankan.


 

Batu dasar diletakkan betul-betul di tengah total station.

 

Alat canggih ini iaitu dipanggil total station dapat digunakan untuk mengukur jarak antara dua batu dan pada sudut tertentu. Oleh itu jika kedudukan batu asal telah dicatat dalam peta geran asal maka kerja mencari batu sempadan menjadi lebih mudah.. Pengoperasian alat ini tidaklah begitu susah tetapi memerlukan latihan agar dapat memahami kaedah penggunaan yang betul.

Data-data yang diperlukan di setkan pada peralatan dan dapat dilihat melalui skrin sebelum mengukur atau mendapatkan data yang diperolehi...


Peralatan GPS digunakan untuk menentukan kedudukan batu sempadan dan juga piket melalui satelit tetapi terdapat ralat dalam 5m untuk alat ini.. Penggunaan kaedah lama ini dapat menghasilkan keputusan yan lebih tepat..

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya.. 

Bookmark and Share

Rabu, 12 Mei 2010

ISTERI AKAN IKUT KE MANA SAJA SUAMI BERADA..

Ini ialah satu lagi topik yang boleh diperkatakan mengenai kerja kerajaan (awam) vs kerja dengan swasta... Apakah kebenarannya? Benarkah...

Bagi saya kenyataan di atas ada kebenarannya dan ianya merupakan satu kelebihan bila anda berkerja dengan kerajaan berbanding dengan syarikat swasta. Kejadian ini berlaku bila suami berkerja di suatu tempat di mana isteri boleh memohon bila-bila masa untuk transfer ke tempat yang berdekatan dengan suami.

Misalnya suami berkerja di suatu jabatan kerajaan di Kota Kinabalu. Bila isteri berkerja sebagai seorang guru di Sandakan maka si isteri boleh memohon untuk ditukarkan ke sebuah sekolah lain di Kota Kinabalu serta merta. Berlainan dengan syarikat swasta, belum tentu akan mendapat keistimewaan seperti itu. Keadaan ini pasti menyulitkan terutama dalam soal mengurus rumahtangga. Si suami tidak mungkin boleh hari-hari pulang menjenguk anak-anak.

Ataupun dalam kes lain si suami berkerja dengan satu syarikat swasta yang boleh bila-bila masa dipindahkan ke cawangan syarikat  sama di  lain tempat. Si isteri memang boleh berpindah kerja ke tempat berhampiran dengan suami tetapi bagaimana jika suami dipindahkan lagi ke tempat lain?? Pasti ini akan menyulitkan.

Jadi pada pendapat saya, kerja dengan kerajaan atau menjadi kakitangan awam memang mempunyai kelebihan yang ketara dalam soal ini dalam kebanyakan masa walaupun mungkin ada juga keadaan dalam menjadi kakitangan awam yang tidak juga dapat bersama-sama kerja. Tetapi mungkin amat sedikit..

Jadi jika anda sedang berkerja sebagai kakitangan awam anda sebenarnya sangat beruntung terutama dalam soal kebaikan hidup berkeluarga. Apa lagi dengan kenaikan gaji yang semakin tinggi bagi kakitangan awam.. memang tiada apa lagi yang dicari kecuali yang mahukan gaji lebih besar dan cabaran... 

Salam, Tinggalkanlah sepatah dua pendapat untuk kita kongsi bersama agar kita semua mendapat kebaikan dan manafaat darinya..

Bookmark and Share